CNN TürkBallon d'Or ödülünün sahibi Harry Kane oldu!ESPN DeportesAlexia Putellas conquistó su tercer Balón de OroBollywood HungamaVijay Deverakonda and Rashmika Mandanna’s team files cyber crime complaint in Hyderabad over alleged fake claims and online harassmentThe Jerusalem PostIsraelis to head to polls as voting begins in pivotal Knesset electionESPN👀 The clues behind Jay-Z's Super Bowl nodPunchBallon d’Or: How Kane won without World Cup, Champions League한겨레“선물 주려면 제대로 줘라” 전남광주시민사회 초광역특구법 반발ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioGhaflaKenya Power Announces Tuesday Blackouts in Nairobi, Nyeri, Embu and Tana RiverVanguardOil spill in Odidi: Is an end finally in sight?Complete SportsBurna Boy Hands Saka Prestigious Sócrates Award At 2026 Ballon d’OrSouth China Morning PostThe price of romance: young Malaysian men borrow to fund dates, study finds
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, October 27, 2026

Pengetua didakwa ganggu seksual pelajar buat laporan

Translate

Pengetua sebuah sekolah di Bagan Datuk yang disiasat atas dakwaan gangguan seksual terhadap pelajar perempuan Tingkatan Tiga membuat laporan polis berkait video tular mengenainya.

Ketua Polis Perak Mohd Alwi Zainal Abidin, berkata lelaki berusia 56 tahun itu membuat laporan pada 25 Okt kerana tidak puas hati.

Katanya, setakat ini seramai sembilan individu termasuk pengetua berkenaan sudah dirakam percakapan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 15(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

“Bagaimanapun, kita akan menjalankan siasatan secara terperinci berhubung kedua-dua perkara ini, lebih-lebih lagi kes berkenaan membabitkan seorang penjawat awam,” katanya menurut Utusan Malaysia, di IPK Perak, Ipoh.

Alwi berkata, berdasarkan maklumat awal, keluarga pelajar berkenaan dipercayai bersemuka dengan pengetua terbabit susulan dakwaan beliau menghubungi mangsa untuk meluahkan perasaan cinta dan sayang.

Katanya, siasatan kes dijalankan susulan laporan polis dibuat ibu remaja terbabit, pada 24 Okt.

Dilaporkan, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak menjalankan siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan seorang pengetua terhadap pelajar.

Fadhlina turut memaklumkan pengetua berkenaan ditempatkan sementara di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bagan Datuk sehingga siasatan JPN selesai.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.