ESPN DeportesRaphina, ejemplo de actitud que busca FlickThe Jerusalem PostTrump to meet Gulf leaders for Iran war talks next week - reportוואלהאבו מאזן לא יורשה להיכנס לעצרת האו"ם גם השנהESPNMessi nets 100th goal with Miami to open Campeones Cup scoringInquirerCamarines Norte robbery-shooting suspect nabbed after 8 hours한겨레지스트 연구팀, 전자레인지·세탁기 작동시키는 AI로봇 기술 개발UOLCâmara de Deputados dos EUA aprova projeto de lei para conter impacto de data centers na conta de luzKhaosod EnglishImmigration police bust Japanese-targeting scam call centreVanguardWhat AI is teaching us about human communication, by Ruth OjiScreen RantMindhunter Meets Sharp Objects In Emmy-Winning Psychological ThrillerLa NaciónFinal de Gran Hermano, EN VIVO: hoy se conoce al ganador de la generación dorada, cómo votarStraits Times SportCrocodile-ridden Rockhampton river venue cleared to host Brisbane 2032 rowing
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, September 17, 2026

Bekerja sebagai pasukan bangunkan Malaysia, PM beritahu Petronas, Petros

Translate

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyeru syarikat minyak dan gas nasional Petronas dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) bekerjasama sebagai pasukan dengan tujuan utama membina dan memajukan negara.

Anwar, yang juga menteri kewangan, berkata bagi membolehkan kedua syarikat minyak dan gas itu mencapai konsensus di tengah-tengah pertikaian yang sedang berlaku, Petronas dan Petros mesti menghormati dan mengiktiraf undang-undang serta hak di peringkat negeri dan persekutuan, lapor Bernama.

“Saya hendak memberi jaminan di sini pada 16 Sept kepada kita semua bahawa tidak mungkin hal ini tidak boleh dileraikan.

“Prinsip yang sudah kita muktamadkan kekal, dan hanya beberapa aspek perjanjian komersial yang kini perlu diutamakan,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Malaysia di Kuching, malam tadi.

Sarawak berusaha mendapatkan kawalan lebih besar ke atas sumber minyak dan gas menerusi Petros, dengan melantik syarikat milik negeri itu sebagai agregator gas bagi pasaran domestiknya.

Namun, Petronas mengekalkan pendirian bahawa peranan nasionalnya merangkumi pengurusan huluan di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA) serta pemeliharaan rantaian nilai gas asli cecair (LNG) Malaysia, termasuk perjanjian eksport sedia ada.

Pada Mei 2025, Putrajaya dan Sarawak menandatangani perisytiharan bersama menamakan Petros sebagai agregator gas Sarawak, selain menegaskan semula peranan berterusan Petronas di bawah PDA.

Bagaimanapun, pada Januari, Petronas merujuk ke Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan kejelasan berhubung undang-undang mengawal operasi syarikat itu di Sarawak, sambil menyatakan masih wujud perbezaan pendapat mengenai kewajipan kawal selianya.

Pada bulan berikutnya, Sarawak mengemukakan petisyennya sendiri ke mahkamah atasan itu bagi mencabar keabsahan dan pemakaian berterusan beberapa undang-undang petroleum persekutuan terhadap negeri itu, termasuk PDA, Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum 1966.

Pada Mac, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan kebenaran Petronas meneruskan cabaran perlembagaannya.

Pada Jun lalu, Anwar mengumumkan bahawa beberapa isu penting telah berjaya diselesaikan dan satu perjanjian muktamad dijangka dimeterai tidak lama lagi.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.