ESPN DeportesNecaxa y FC Juárez se reparten un punto que no rescata a ningunoDaily MaverickLOCAL ELECTIONS 2026: Slovo Park could be a Joburg success, but residents have lost hope in electionsThe Jerusalem PostLess than a day after stabbing attack, Chabad man returns to wrapping tefillin in ManhattanInquirerHunt for Bato dela Rosa sets 1-week ultimatum, P50-M bountyPunchFG convicts 653 suspects in mass terrorism trials — AGFESPNOur guide to every NFL Week 7 game: Matchup previews, predictions, picks and nuggetsBollywood HungamaSCOOP: Ranbir Kapoor SECRETLY tipped off Sandeep Reddy Vanga about Ramayana 2's delay; helped Prabhas' Spirit grab Diwali 2027!CNN TürkGS-FB DERBİSİ NE ZAMAN, HANGİ KANALDA? Galatasaray Fenerbahçe derbisi saat kaçta, şifresiz mi? Gözler derbi saatinde!ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFالنهارفرنسا تستنفر 70 ألف شرطي لتأمين احتجاجات السبتVanguardAlex Iwobi: From Arsenal prodigy to Premier League mainstaySözcü3 il tek yerde buluşuyor: Haritada bile zor bulunuyor
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 24, 2026

Enggan tarik balik perkataan ‘munafik’, Takiyuddin mahu mediasi

Translate

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan tidak akan menarik balik perkataan “munafik” yang digunakannya dalam perbahasan di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, beliau telah menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, dengan harapan perkara berkenaan dapat diselesaikan melalui proses mediasi.

“Dalam mediasi, speaker boleh memanggil saya dan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer untuk berbincang serta cuba menyelesaikan perkara itu,” katanya menurut Sinar Harian.

Jika Johari menolak rayuannya untuk mediasi, Takiyuddin tidak menolak kemungkinan dirinya mungkin dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Setiausaha agung PAS itu mengeluarkan kenyataan berkenaan ketika perbahasan Belanjawan 2027 awal minggu ini, yang dibantah Rayer.

Rayer mendakwa Takiyuddin “keterlaluan” menggunakan perkataan “munafik”, yang menurutnya ditujukan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan belanjawan.

Johari kemudian mengarahkan Takiyuddin menarik balik kenyataan itu selewat-lewatnya Khamis lalu, tetapi beliau tidak berbuat demikian.

PN tidak tanding PRN Sarawak?

Takiyuddin berkata, PN belum memutuskan sama ada akan bertanding PRN Sarawak akan datang memandangkan Dewan Undangan Negeri Sarawak dijadual dibubarkan pada Isnin.

Beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam masa terdekat, mungkin ketika mesyuarat Majlis Tertinggi PN esok.

Katanya, fokus gabungan itu ketika ini adalah membuat persiapan menghadapi PRN Melaka pada 14 Nov ini.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.