PunchArgentina lose 2-1 to Uruguay in first post-Messi matchThe Jerusalem PostHaniyeh's ex-bodyguard convicted of knife attack in UK, wanted in Germany over Hamas terror plotSky TG24Silvia Vigo: "Chi perde un figlio rimane da solo, ora aiuto altri genitori"Daily MaverickUS to resume flights after air traffic network failure sparks chaosZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFVanguardSouth Africa releases Fani-Kayode’s speech after protestRapplerPhilippines, Canada wrap up talks for free trade dealThe Sydney Morning HeraldMan shot dead, woman and child evacuated in Keysbrook police incidentCNN بالعربيةناقلة ضخمة تصدم سفينة سياحية وتُميلها على جانبها.. أكثر من 130 شخصاً كانوا على متنهاIl Fatto QuotidianoNoi e l’Orologio dell’Apocalisse sempre più vicino alla mezzanotteLenta.ruНа Украине связали очередное замедление Starlink с неудачной шуткой Зеленского над ТрампомSözcüİstanbul'u lodos vurdu: Dev dalgalar oluştu, ağaç devrildi
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 14, 2026

Pemimpin Asean akan kaji semula pelaksanaan 5PC berkait Myanmar

Translate

Pemimpin Asean akan mengkaji semula pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (5PC) mengenai Myanmar pada Sidang Kemuncak Asean ke-49 di Manila dan menerima pakai keputusan yang akan menjadi panduan bagi libat urus blok serantau itu dengan negara terbabit pada masa depan, kata Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Theresa Lazaro.

Beliau berkata, dokumen bertajuk “Asean Leaders’ Review and Decision on the Implementation of the Five-Point Consensus” itu akan mengkaji perkembangan di Myanmar serta menilai kemajuan pelaksanaan 5PC sejak kajian semula terdahulu.

Menurutnya, 5PC kekal rujukan utama Asean dalam menangani situasi di Myanmar dan blok serantau itu berulang kali menggesa konsensus berkenaan dilaksanakan sepenuhnya dan secara berkesan.

“Ini merupakan mesej yang saya tegaskan semula semasa pertemuan dua hala dengan menteri luar Myanmar pada 29 Okt lepas.

“Sehubungan itu, kemajuan konkrit akhirnya bergantung kepada langkah yang sanggup dilaksanakan Myanmar,” katanya kepada Bernama dalam temu bual bertulis.

Pemimpin Asean menerima pakai 5PC pada 2021, yang antara lain menyeru keganasan dihentikan, dialog diadakan antara semua pihak dan bantuan kemanusiaan disalurkan.

Lazaro turut memaklumkan Myanmar telah menubuhkan Jawatankuasa Hal Ehwal Asean.

“Kami berharap penubuhan jawatankuasa ini akan membawa kepada kemajuan bermakna dalam pelaksanaan 5PC.”

Mengenai akses bantuan kemanusiaan, Lazaro yang juga utusan khas Asean mengenai Myanmar berkata, misi diketuainya bulan lalu melancarkan operasi bantuan sebulan yang dijangka memanfaatkan lebih 11,000 isi rumah di negeri Kayin serta bahagian utara dan selatan negeri Shan.

Operasi itu memfokuskan komuniti belum menerima bantuan daripada Pusat Penyelarasan Asean bagi Bantuan Kemanusiaan dan Pengurusan Bencana.

Beliau berkata, semasa misi itu, Pasukan Pemantau Asean bersama wakil kedutaan negara anggota Asean dan Jepun mengagihkan beras, kit keperluan keluarga serta kit kebersihan diri.

“Sepanjang baki tempoh saya sebagai utusan khas, saya akan terus memperjuangkan peluasan akses bantuan, khususnya ke kawasan dan komuniti paling memerlukannya.”

Filipina selaku pengerusi Asean 2026 akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Asean ke-49 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Manila mulai esok hingga 17 Nov ini.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat itu.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.