The Jerusalem PostStorm threatens flash floods, road closures in south as Israelis head to pollsESPN'He likes the moment': Jackson Chourio was made for OctoberCNN TürkBahçelievler'de çökme riski oluşan 2 apartman boşaltıldıInquirerNortheasterly winds to bring light rain to northern Luzon TuesdayPunchKatsina gov mourns slain Islamic cleric, calls for probeBollywood HungamaTiger Shroff Shooting Case: All Stars Football Club suspends Sunday football sessions indefinitely amid security concernsRTL BoulevardAuto rijdt in op groep mensen in Duitsland: politie opent vuurUOLNo mundo da IA, novo longa em stop-motion 'O Bosque Selvagem' é todo feito à mãoZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioBBC عربيإيران وأطراف اتفاقية مكة تتفق في طهران على مواصلة المحادثات لخفض التصعيد الإقليميThe South AfricanA tequila bottle, 20 seconds and a suspended sentence: Chris Brown avoids jail7sur7Un ouvrier perd la vie sur un chantier à Houyet
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, October 27, 2026

2 termasuk pemilik asal kapal ditahan berkait rampasan 1.16 tan ketamin

Translate

Pengarah syarikat pemilik asal kapal tangki MT Global 168 antara dua warga tempatan ditahan di Johor Bahru Ahad lalu susulan rampasan 1.16 tan ketamin oleh pihak berkuasa Indonesia minggu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Hussein Omar Khan, berkata lelaki berusia 45 tahun ialah pengarah syarikat pemilik asal kapal tangki itu, manakala seorang lelaki berusia 44 tahun merupakan ejen atau broker penjualan kapal terbabit.

Jelasnya, siasatan awal mendapati kapal tangki itu dibeli April lalu untuk dijual semula selepas kerja penambahbaikan bagi meraih keuntungan.

“MT Global 168 dijual kepada sebuah syarikat beralamat di Yangon, Myanmar pada 28 Jun lalu melalui ejen,” katanya menurut Berita Harian sambil menambah mereka direman tujuh hari mulai semalam hingga 1 Nov ini bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, tiga individu lain dipercayai warga Singapura, Taiwan dan Myanmar turut dikenal pasti untuk membantu siasatan.

Baru-baru ini, Ketua Unit Siasatan Narkotik Polis Nasional Indonesia, Suyudi Ario Seto dilaporkan berkata MT Global 168 dipintas di luar perairan Tanjung Balai Asahan, selepas hampir seminggu pemantauan oleh polis, Badan Narkotik Kebangsaan, kastam dan polis marin.

Katanya, pihak berkuasa mula menjejaki kapal itu 14 Okt lalu, ketika belayar melalui perairan berhampiran Malaysia sebelum menuju ke utara Aceh dan Thailand, dengan kejanggalan dikesan dalam sistem pengenalan automatik kapal berkenaan yang memaparkan dua nama berbeza, iaitu MT Global dan Gross Dolphin.

Katanya, tujuh anak kapal warga Indonesia dan seorang warga asing ditahan bersama 58 guni mengandungi 1.16 tan ketamin.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.