CNN TürkABD üssünde gece yarısı gelen ihbar neydi? | 85 hane boşaltıldıPunchMessi scores 76th free-kick goal, moves within two of all-time recordThe Jerusalem PostIran suspected in bomb plot against RAF base used by US Air Force, UK police investigating - reportInquirerITCZ to bring rains, thunderstorms to Visayas, Mindanao on MondayESPNPayton: Broncos can't keep relying on comebacksBollywood HungamaEXCLUSIVE: Srikanth makers Tushar Hiranandani and Nidhi Parmar Hiranandani announce Ragda 25; film based on Indian Army’s first experimental batch of 25 womenESPN Deportes'Chino' Huerta sufre amargo regreso a CUDaily MaverickBOOK REVIEW: Half Lives — Exploring intimate-partner violence and migration with nuanced sensitivity한겨레보금자리론, 부부 중 1인 소득 7천만원 이하면 신청 가능해진다SözcüAKP’li Kaya’nın malvarlığı araştırılacak mı?النهارصياغة الصمتThe Japan TimesNGO recruiting four-legged ‘specialist’ to help deal with bear incidents
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, September 28, 2026

Mahkamah tolak rayuan ibu Zayn Rayyan, kekal penjara 5 tahun

Translate

Mahkamah Tinggi menolak rayuan ibu Zayn Rayyan Abdul Matiin untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana mengabaikan kanak-kanak autistik itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, tiga tahun lalu.

Hakim Noor Hisham Ismail berkata tiada alasan untuk mahkamah campur tangan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya yang mensabitkan Ismanira Abdul Manaf, 31.

Katanya, selepas meneliti rekod rayuan, alasan penghakiman serta hujah bertulis dan lisan kedua-dua pihak, mahkamah berpuas hati tiada kekhilafan fakta atau undang-undang yang memerlukan keputusan itu diketepikan.

“Mahkamah rayuan hanya campur tangan jika hukuman tidak jelas, berlebihan atau jika terdapat kekhilafan prinsip,” katanya ketika membacakan keputusan hari ini.

Noor Hisham berkata hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap Ismanira adalah memadai dan tidak berlebihan berdasarkan fakta kes.

Beliau turut menegaskan Ismanira dihukum atas perbuatan pengabaiannya sendiri, bukannya atas perbuatan jenayah yang mungkin dilakukan pihak ketiga.

Mahkamah pada masa sama menolak rayuan balas pihak pendakwaan yang memohon hukuman lebih berat atas alasan hukuman lima tahun itu tidak mempunyai kesan pencegahan yang mencukupi.

Ismanira diwakili peguam Haresh Mahadevan, Tiara Katirina Fuad, Lavanesh Mahadevan dan Haijan Omar.

Pasukan pendakwaan pula membabitkan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Kamarul Iman Ahmad Sapian dan Ahmad Iqbal Azman.

Pada 7 Jan lalu, Ismanira memfailkan petisyen rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.

Antara alasan dikemukakan pihak pembelaan ialah pertuduhan terhadap Ismanira sepatutnya dibuat mengikut Seksyen 33, bukannya Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001.

Pihak pembelaan sebelum ini turut berhujah tiada saksi melihat Ismanira mengabaikan anaknya dan kes pendakwaan bergantung kepada keterangan keadaan.

Pendakwaan pula mempertahankan sabitan berkenaan tetapi memohon hukuman lebih berat dikenakan bagi memberikan kesan pencegahan.

Pada 31 Okt 2025, Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Syahliza Warnoh mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan sebelum menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ismanira.

Mahkamah turut memerintahkannya menandatangani bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan seorang penjamin dan cagaran RM3,000 serta menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Ismanira didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.