ESPNTakeaways and analysis from Valkyries' sweepInquirer3 dead, 1 hurt as landslide destroys house in Cebu CityESPN DeportesValkyries barren a Aces y jugarán las Finales de la WNBA vs DreamThe Jerusalem PostBlack-Jewish alliance isn’t nostalgia. We need it to defend democracy - opinion한겨레트럼프 “8개 전쟁 끝냈는데 노벨상 못받아”…미 국무 “ICC 산산조각낼 것”ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFThe South AfricanSouth Africa has a new world record holderUOLTrump critica Noruega por não ter recebido Nobel da Paz: 'Mancha indelével'ABC NewsHurricane Isaias updates: Storm makes landfall in Florida PanhandleHet Laatste NieuwsDe Wever en zijn topministers komen vandaag om 15u samen om nieuwe tabel te besprekenLenta.ruОбслуживавший матчи ЧМ-2026 судья рассказал о своей работе в автомастерскойMintCJP Delhi protest: YouTuber Dhruv Rathee detained in Gurugram: Report
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 10, 2026

Apa maksud pemindahan kelayakan BUDI Diesel kepada pengguna sebenar?

Translate

Kerajaan kini membenarkan pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian memindahkan kelayakan BUDI Diesel kepada pengguna sebenar termasuk mereka yang bukan ahli keluarga terdekat.

Perubahan itu diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 16 Sept, selepas kerajaan menerima maklum balas daripada pengguna kenderaan diesel terutama di Sabah dan Sarawak.

Sebelum ini, pemindahan kelayakan hanya terhad kepada ahli keluarga terdekat seperti pasangan, ibu bapa, anak atau adik-beradik.

FMT menjelaskan apa yang berubah, siapa yang boleh menerima pemindahan dan bagaimana permohonan dibuat.

Apa yang berubah?

Mengikut ketetapan baharu, pemilik berdaftar yang layak di bawah BUDI Diesel boleh memindahkan kelayakan subsidi kepada individu benar-benar menggunakan kenderaan diesel persendirian.

Ini bermaksud kelayakan tidak lagi terikat sepenuhnya kepada nama pemilik pada geran, selagi penerima adalah pengguna sebenar yang memenuhi syarat ditetapkan.

Pemindahan itu juga tidak bermaksud hak milik kenderaan bertukar tangan.

Penerima yang diluluskan menggunakan MyKad sendiri dan menerima kelayakan bulanan masing-masing, bukan berkongsi kuota dengan pemilik berdaftar. Kelayakan itu ialah 300 liter sebulan bagi kenderaan diesel biasa, atau sehingga 400 liter bagi pikap dan jip diesel yang diluluskan tambahan 100 liter.

Kelayakan bulanan itu boleh digunakan untuk RON95 bersubsidi, diesel bersubsidi atau gabungan kedua-duanya, tertakluk kepada kelayakan masing-masing.

Mengapa ia penting untuk Sabah dan Sarawak?

Di Sabah dan Sarawak, kenderaan diesel seperti pikap dan jip sering digunakan untuk perjalanan jarak jauh, kerja pertanian, membawa barang, mendapatkan keperluan asas dan menyediakan pengangkutan tidak formal kepada komuniti setempat.

Kebergantungan itu lebih ketara di kawasan luar bandar dan pedalaman kerana pengangkutan awam terhad, penempatan berselerak dan jarak antara daerah yang jauh.

Dalam sesetengah keadaan, kenderaan juga digunakan melalui aturan sambung bayar, pembiayaan syarikat, penggunaan kerja luar bandar atau susunan tidak rasmi yang tidak semestinya mencerminkan nama pada geran.

Pakar ekonomi, Lai Wei Sieng, berkata penambahbaikan itu mengurangkan risiko pengguna tulen tercicir hanya kerana rekod pemilikan kenderaan tidak menggambarkan penggunaan sebenar.

“Ia berpotensi mengurangkan risiko ‘exclusion error’ dalam penyasaran subsidi. Pemindahan kelayakan kepada pengguna sebenar dapat mengurangkan ketidakpadanan antara rekod pemilikan kenderaan dengan penggunaan sebenar,” katanya.

Adakah subsidi boleh dipindah sesuka hati?

Tidak. Pemindahan kelayakan masih perlu dibuat melalui permohonan, tertakluk kepada semakan silang dengan rekod agensi berkaitan sebelum kelulusan diberikan.

Ini penting kerana kerajaan masih mahu mengekalkan kawalan terhadap ketirisan, penyalahgunaan dan risiko penyewaan atau penjualan kuota.

“Subsidi masih dikawal atau bersasar, tetapi salurannya diperbetul supaya bantuan sampai kepada pengguna sebenar tanpa membuka ruang terlalu luas kepada penyalahgunaan,” kata Lai.

Siapa yang boleh menerima pemindahan?

Penerima mestilah warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad sah, layak menerima BUDI95 dan benar-benar menggunakan kenderaan diesel persendirian yang ditetapkan – tidak lagi terbatas kepada ahli keluarga sahaja.

Pemilik berdaftar yang mempunyai lebih daripada satu kenderaan diesel boleh membuat permohonan baharu, tertakluk kepada had maksimum tiga penerima pemindahan dan jumlah kenderaan diesel berdaftar.

Sebagai contoh, jika seorang pemilik berdaftar mempunyai empat kenderaan diesel persendirian yang layak, dan tiga daripadanya benar-benar digunakan oleh individu lain, beliau boleh memohon untuk memindahkan kelayakan bagi maksimum tiga kenderaan itu kepada pengguna sebenar masing-masing, tertakluk kepada kelulusan.

Pemilik berdaftar masih mengekalkan kelayakan bulanan bagi kenderaan diesel persendirian yang belum dipindahkan untuk kegunaan sendiri.

Namun, peraturan baharu itu tidak bermaksud seseorang yang memiliki empat kenderaan diesel boleh menuntut empat kuota untuk kegunaan sendiri.

Ia terpakai apabila kenderaan itu benar-benar digunakan oleh individu berbeza, membolehkan kelayakan subsidi mengikut pengguna sebenar dan tidak terus terikat kepada pemilik berdaftar.

Jika pemilik memindahkan kelayakan bagi semua kenderaan diesel yang dimiliki, beliau hanya akan menikmati subsidi BUDI95.

Setiap kenderaan hanya boleh dipindahkan sekali, manakala penerima hanya boleh menerima pemindahan daripada seorang pemilik berdaftar.

Bagaimana hendak memohon?

Permohonan di bawah ketetapan baharu boleh dibuat melalui portal BUDI Madani.

Pengguna yang membuat permohonan secara dalam talian boleh log masuk melalui portal berkenaan, termasuk menggunakan MyDigital ID.

Pemohon juga boleh hadir secara fizikal ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau mendapatkan maklumat lanjut dan bantuan di stesen minyak berdekatan.

Bagi kenderaan diesel jenis pikap atau jip yang layak, pemilik berdaftar perlu memohon tambahan 100 liter sebulan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pindah kelayakan kepada pengguna sebenar.

Bagi membolehkan kelayakan digunakan pada hari pertama bulan berikutnya, permohonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 27 hari bulan semasa – tertakluk kepada semakan dan pengesahan data.

Namun, pemindahan kelayakan yang telah diluluskan sebelum pengumuman 16 Sept kekal muktamad.

Apa maksud kepada dasar subsidi?

Lai berkata, langkah itu menunjukkan kerajaan cuba memperbaiki subsidi bersasar berdasarkan maklum balas di lapangan.

Ia juga membolehkan subsidi mengikuti pengguna sebenar, tanpa membuka semula akses diesel murah secara pukal kepada semua pembeli.

Katanya, penambahbaikan itu juga boleh membantu kerajaan mengumpul data lebih tepat mengenai corak penggunaan diesel sebenar, terutama di Sabah dan Sarawak, sekaligus memberi bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukan sambil membendung ketirisan atau penyalahgunaan subsidi.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.