ESPN DeportesDream y Valkyries pelean al tú por tú título en último cuartoESPNWWE Money in the Bank takeaways: Everyone wants a shot at Roman ReignsLa NaciónSe casaron Lali Espósito y Pedro Rosemblat: del primer mensaje en Instagram a dar el sí, así es su historia de amor한겨레북, 전술탄도미사일 집속탄두 시험…“13㏊ 초토화”PunchDEZNY’s journey from school performances to AMVCAInquirerCIDG seizes P1.7-M ‘smuggled’ cigarettes in Zamboanga SibugayInquirer EntertainmentCup of Joe to take temporary break after December concertsUOLManeva e Mato Seco fazem shows grátis na Praça da Luz, no centro de SPThe Jerusalem PostTrump says US ready to hit Iran's nuclear program 'in ten minutes' after speaking with NetanyahuZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioMalay MailNew Chinese ambassador Yao Wen outlines four key priorities to deepen Malaysia-China ties경향신문경주엑스포대공원, ‘APEC 기념공원’으로···정상회의 기념관 개관
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 1, 2026

Kerusi Dayak dijangka jadi tumpuan dalam PRN Sarawak

Translate

Persaingan merebut kerusi Dayak dijangka menjadi antara tumpuan dalam PRN Sarawak ke-13, apabila penganalisis melihat wujudnya rasa tidak puas hati terhadap politik dalam kalangan blok pengundi pribumi terbesar di negeri Borneo itu.

Jayum Jawan dari Akademi Sains Malaysia berkata, kerusi majoriti Iban khususnya berpotensi menyaksikan persaingan yang ‘menarik’, memandangkan kaum itu membentuk majoriti pengundi di 35 daripada 82 kerusi DUN Sarawak.

Jayum Jawan

Jayum Jawan.

Beliau berkata, beberapa faktor menyumbang kepada perkembangan itu, termasuk spekulasi bahawa sayap Dayak Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), iaitu Pesaka, mungkin mengalami perubahan besar.

“Dijangkakan selepas PRN ini, timbalan premier seterusnya akan datang dari wilayah Kapit,” kata Jayum, merujuk spekulasi bahawa Timbalan Premier merangkap Timbalan Presiden PBB ketika ini, Douglas Uggah Embas, mungkin melepaskan jawatannya.

“Ini akan menjadi perubahan besar daripada kawasan Betong, yang sejak awal 1970-an mencalonkan wakil untuk mengisi jawatan timbalan ketua menteri atau timbalan premier,” katanya.

Beliau berkata, Bintulu, satu lagi kubu kuat masyarakat Iban dan kawasan asal Stephen Rundi Utom, pemimpin Pesaka paling berpengaruh dalam PBB, juga berkemungkinan diketepikan.

Jayum berkata, rasa tidak puas hati masyarakat Dayak terhadap Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut meningkat kerana jawatan penting dalam kerajaan negeri dan gabungan itu didominasi sayap Bumiputera PBB, yang terdiri daripada anggota Melayu-Melanau.

PBB, parti tonggak dalam gabungan pemerintah negeri GPS, terbahagi kepada dua sayap, iaitu sayap Bumiputera untuk masyarakat Melayu-Melanau dan sayap Pesaka untuk masyarakat Dayak.

Walaupun pemimpin Iban terkemuka Temenggung Jugah Barieng merupakan presiden pengasas parti itu, jawatan presiden PBB dikuasai sayap Bumiputera sejak 1978.

Chin turut menyentuh perubahan sentimen masyarakat Dayak, dengan berkata beberapa kerusi ‘mungkin boleh ditandingi’, ketika golongan Dayak muda mahu menonjolkan pengaruh mereka dalam politik.

“Mereka merasakan diri dipinggirkan sejak 1970-an dan masyarakat Dayak, sebagai kumpulan majoriti dari segi jumlah penduduk di Sarawak, perlu mendapat tempat sewajarnya dalam sistem politik,” katanya.

Menurut Chin, kerusi yang perlu diberi perhatian termasuk kawasan dalam Parlimen Baram serta kawasan majoriti Bidayuh.

Dalam PRN 2021, GPS memenangi 76 kerusi manakala Parti Sarawak Bersatu, yang kemudiannya diserap ke dalam GPS, memperoleh empat kerusi. DAP memenangi baki dua kerusi.

Bolehkah PH manfaatkan rasa tidak puas hati masyarakat Dayak?

Jayum berkata, Pakatan Harapan (PH), khususnya PKR dan DAP, berpotensi meraih manfaat daripada peningkatan rasa tidak puas hati masyarakat Dayak, meskipun gabungan itu masih berdepan laluan sukar untuk merampas kerusi daripada GPS.

Beliau berkata, langkah PKR melantik pemimpin Melayu, Mahmud Epah, sebagai ketua cabang negeri Sarawak sudah menjadi kesilapan awal kerana pengundi Melayu-Melanau memberikan sokongan padu kepada GPS.

“Dari sudut strategi, lebih baik jika seorang pemimpin Dayak dilantik kerana beliau boleh menerajui usaha menembusi kawasan yang mempunyai banyak isu dan berpotensi membuka ruang peluang,” kata Jayum.

Beliau berkata, Parti Bansa Dayak Sarawak Baru boleh memanfaatkan suasana politik semasa dalam kalangan masyarakat Dayak, tetapi hanya jika parti itu meletakkan dirinya pada kedudukan strategik dan menggunakan pendekatan baharu untuk meraih sokongan pengundi komuniti berkenaan.

“Anggapan bahawa masyarakat Dayak hanya mengundi calon Dayak adalah terlalu simplistik,” katanya.

Sementara itu, Chin berkata, PH perlu lebih realistik dalam menentukan kerusi yang ingin ditandinginya di Sarawak. Katanya, lebih baik gabungan itu bertanding di kerusi yang mempunyai peluang untuk dimenangi berbanding meletakkan ramai calon tetapi akhirnya mengalami kekalahan besar.

Beliau berkata, kekalahan besar berpotensi menjejaskan kredibiliti parti selain menyebabkan pembaziran sumber.

“Saya tahu ramai dalam PH mahu gabungan itu bertanding di banyak kerusi kerana ia merupakan parti dalam kerajaan persekutuan.

“Lebih baik PH meletakkan calon di kerusi yang benar-benar mempunyai peluang untuk dimenangi supaya sumber dapat ditumpukan. Nasihat saya kepada PH ialah memilih kerusi yang mempunyai peluang kemenangan realistik,” kata Chin.

Dalam PRN Sarawak 2021, PH bertanding di 62 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan, dengan PKR meletakkan 28 calon, diikuti DAP (26) dan Amanah (lapan). Bagaimanapun, gabungan itu hanya memenangi dua kerusi, kedua-duanya menerusi DAP.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.