Bollywood HungamaRanbir Kapoor leases Pune apartment for Rs 4.63 lakh monthly rent: ReportThe Jerusalem PostJewish Democrats launch ad blitz blasting Young Republicans for praising HitlerRTP DesportoRui Jorge lamenta forma como saiu dos sub-21 e critica atitude de ProençaPunchAnthropic proposes AI safety bill to US lawmakersInquirerNorthern Samar leads Eastern Visayas in economic growth at 4.6%ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSouth China Morning PostAbby Choi’s partner tells murder trial she hid ex-in-laws’ financial reliance on her매일경제“내가 다 민망하네”…공연 중 정치인 소개에 마이크 뺏긴 여가수CNN BrasilPolíticos influenciadores mantêm conexão diária com suas bases, diz DolciDigital SpyHollyoaks reveals full details of special Cindy and Imran flashback episodeCumhuriyetAntik dünyanın 7 harikasından biri ayaklarınızın altında: Bodrum'un 3 bin yıllık tarihi...HipertextualLos 11 atajos de la tecla Windows que todo el mundo debería usar
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 17, 2026

Wanita rugi hampir RM50,000 ditipu ‘ustaz Hilmi Firdausi’ ganda duit

Translate

Seorang pesara kerajaan kerugian sebanyak RM42,580 selepas diperdaya sindiket skim gandaan wang dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor, berkata pada 7 Okt lalu mangsa wanita berusia 71 tahun melihat iklan skim menggandakan wang menerusi laman Facebook.

Beliau berkata, mangsa yang berminat telah menghubungi suspek dikenali sebagai ‘ustaz Hilmi Firdausi’ melalui WhatsApp.

“Mangsa yang terperdaya telah membuat lima kali bayaran berjumlah RM42,580 menggunakan wang simpanan dan dijanjikan pulangan sebanyak RM300,000.

“Bagaimanapun, setelah membuat pembayaran tersebut, suspek meminta mangsa membuat tambahan sebanyak RM50,000 untuk mendapatkan keuntungan,” katanya dalam kenyataan.

Azli berkata, mangsa yang curiga enggan mengikuti arahan dan membuat laporan polis pada 11.06 malam, Khamis lalu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.