CNN TürkABD üssünde gece yarısı gelen ihbar neydi? | 85 hane boşaltıldıPunchMessi scores 76th free-kick goal, moves within two of all-time recordThe Jerusalem PostIran suspected in bomb plot against RAF base used by US Air Force, UK police investigating - reportInquirerITCZ to bring rains, thunderstorms to Visayas, Mindanao on MondayESPNPayton: Broncos can't keep relying on comebacksBollywood HungamaEXCLUSIVE: Srikanth makers Tushar Hiranandani and Nidhi Parmar Hiranandani announce Ragda 25; film based on Indian Army’s first experimental batch of 25 womenESPN Deportes'Chino' Huerta sufre amargo regreso a CUDaily MaverickBOOK REVIEW: Half Lives — Exploring intimate-partner violence and migration with nuanced sensitivity한겨레보금자리론, 부부 중 1인 소득 7천만원 이하면 신청 가능해진다SözcüAKP’li Kaya’nın malvarlığı araştırılacak mı?النهارصياغة الصمتThe Japan TimesNGO recruiting four-legged ‘specialist’ to help deal with bear incidents
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, September 28, 2026

Polis masih kawal rumah Najib 24 jam

Translate

Kawalan keselamatan di kediaman bekas perdana menteri Najib Razak di Langgak Duta masih berterusan 24 jam, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus.

Katanya, kawalan itu disediakan sejak polis menerima pemakluman berkaitan perkara itu dan masih diteruskan sehingga hari ini.

“Pihak kami bekalkan kawalan keselamatan dari awal lagi bila pemakluman ini keluar dan masih lagi berterusan sehingga hari ini, 24 jam. Kita akan menunggu arahan lanjut,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Ketua Cawangan Khas Polis Kuala Lumpur dan Ketua Polis Dang Wangi di IPK Kuala Lumpur.

Fadil berkata, kawalan di kediaman itu membabitkan penugasan daripada IPD serta IPK Kuala Lumpur.

Pada 18 Sept lalu, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman penjara bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.

Fadil Marsus

Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus ditemui selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Ketua Cawangan Khas Polis Kuala Lumpur dan Ketua Polis Dang Wangi di IPK Kuala Lumpur.

Najib kini menjalani hukuman penjara enam tahun di Penjara Kajang selepas Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengurangkan hukuman asalnya 12 tahun kepada enam tahun pada Februari 2024. Denda asal RM210 juta turut dikurangkan kepada RM50 juta.

Sementara itu, Fadil berkata kesinambungan kepimpinan polis Kuala Lumpur diteruskan dengan pelantikan Shaidatul Akmar Mohd Noor sebagai ketua Cawangan Khas dan Ahmad Azwan Amin Nordin sebagai ketua polis Dang Wangi.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.