RTP DesportoJorge Jesus: Exibição "é mais importante do que tudo o resto"PunchNSCDC arrests telecommunication mast vandal in AnambraCNN Türk2 EKİM OKULLAR TATİL Mİ 2026: Bugün Okullar Var Mı Yok Mu? Okullar Tatil Mi? Gözler Valilik Açıklamasında!ESPNBraves break out 'warrior' Sale to close out Phils in wild-card clincherESPN Deportes¿Cómo le ha ido a los técnicos debutantes esta fecha FIFA?Daily MaverickBOOK REVIEW: A Nigerian author’s quantum leap into Igbo cosmology and the nature of realityInquirerDropping witnesses not bluff, but part of case assessment – prosecutionkickerKrimi in Cleveland zum Auftakt, Patriots früh unter Druck, Chiefs fordern Raiders한겨레Lee hails peace as ‘surest form of security’ on Korean PeninsulaZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioHet Laatste NieuwsLIVE. Na bronzen medaille op het WK: snelt Fleur Moors ook naar eremetaal tegen klimgeweld in EK-wegrit?CumhuriyetEkim 2026 emekli promosyonlarında güncel rakamlar belli oldu: İşte bankaların yeni ödeme tablosu
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 2, 2026

2 warga Myanmar didakwa cederakan anggota polis

Translate

Dua warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi menghadapi pertuduhan bersama menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota polis, bulan lepas.

Bagaimanapun, pertuduhan terhadap kedua-dua lelaki berumur 26 dan 30 tahun itu tidak dibacakan kerana mereka tidak memahami bahasa Melayu.

Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wong Zhi Qian dan Hardave Singh Baldeb Singh, yang mencadangkan tiada jaminan ditawarkan kerana kedua-dua warga asing itu tidak mempunyai dokumen sah untuk tinggal di Malaysia.

Hakim Siti Hajar Mustaffa kemudian menetapkan 14 Okt ini untuk sebutan kes bagi membolehkan jurubahasa Myanmar hadir ke mahkamah.

Mahkamah turut tidak membenarkan jaminan terhadap kedua-dua lelaki berkenaan.

Sebelum ini, seorang anggota polis berpangkat koperal berusia 40 tahun dilaporkan cedera parah dipercayai dipukul dua lelaki Myanmar selepas menegur mereka membuat bising di Kampung Pamah Kulat, di sini pada 25 Sept lepas.

Pemangku Ketua Polis Pahang Azry Akmar Ayob dilaporkan berkata anggota berkenaan bertindak demikian selepas menerima aduan daripada penduduk tentang suspek yang disyaki mabuk memasang pembesar suara dengan kuat di tepi jalan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.