The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 25, 2026

Wakil rakyat India dulu lantang kritik MIC kini ‘bisu’, kata penulis

Translate

Ahli Parlimen India yang dahulu lantang mengkritik MIC kerana gagal membela kaum itu kini dilihat membisu selepas menyertai kerajaan, dakwa penulis Janakey Raman Manickam.

Janakey, 78, bekas buruh kasar yang menulis buku Malaysian Indians: Impact and Pain: Narration of an Unending Saga of a Marginalised Community, berkata wakil rakyat DAP khususnya kerap membangkitkan nasib masyarakat India miskin sebelum PRU 2018.

Katanya, mereka juga lantang mengkritik MIC dan bekas presiden, mendiang S Samy Vellu, kerana didakwa gagal menyelesaikan masalah kaum itu.

Janakey Raman Manickam

Janakey Raman Manickam.

“Saya terkejut apabila melihat Ahli Parlimen India dan pelbagai wakil rakyat negeri daripada PKR, DAP malah satu-satunya Ahli Parlimen MIC (M Saravanan), berdiam diri apabila isu masyarakat India terpinggir dibangkitkan,” katanya.

Janakey berkata, beliau mengikuti persidangan Dewan Rakyat sejak 2023 dan mempersoalkan mengapa Ahli Parlimen India daripada DAP serta PKR tidak berusaha lebih keras mencari penyelesaian walaupun kini berada dalam kerajaan.

“Parti anda pernah mengecam dan mengutuk MIC serta Samy Vellu kerana gagal menyelesaikan pelbagai masalah masyarakat India.

“Tetapi kini, anda sebahagian daripada kerajaan, sedangkan masalah masyarakat India masih berterusan.

“Daripada mencari penyelesaian, anda berkelakuan seperti pemimpin pembangkang,” tulisnya dalam buku setebal 500 halaman itu.

malaysian indian books

Buku karya Janakey Raman Manickam bertajuk Malaysian Indians: Impact and Pain: Narration of an Unending Saga of a Marginalised Community.

Desak wakil rakyat turun padang

Janakey menggesa Ahli Parlimen dan Adun tanpa mengira kaum, mengenal pasti keluarga India terpinggir di kawasan masing-masing serta menilai bantuan yang diperlukan.

Beliau mencadangkan, daftar pemilih digunakan untuk mengenal pasti bekas pekerja estet dan keturunan mereka, selain menilai keadaan sosioekonomi serta keperluan semasa keluarga terbabit.

Katanya, dapatan itu perlu disalurkan melalui pemimpin parti kepada perdana menteri, manakala masalah kaum terbabit mesti dibangkitkan di Parlimen dan DUN.

Janakey turut berpandangan, pengelasan masyarakat India terpinggir bawah kategori pendapatan B40 secara umum tidak mengambil kira ketidakadilan dan kesusahan ditanggung mereka sejak sekian lama.

“Masyarakat terpinggir ini diabaikan selama lebih lima dekad.

“Kesusahan, penderitaan dan masalah mereka ialah isu warisan yang memerlukan perhatian nasional.

“Ahli Parlimen India mesti bersatu untuk membangkitkan isu ini di Dewan Rakyat,” katanya.

Buku itu dilancarkan pada 11 Okt dan dijual pada harga RM49.90. Mereka yang berminat boleh menghubungi penulis melalui WhatsApp di 013-392 7727.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.