Krisis N Sembilan: Bekas exco tiba untuk beri keterangan polis

Antara bekas exco tersebut ialah Faizal Ramli, Mohd Fairuz Mohd Isa, Mustapha Nagoor, Siti Nur Umaira Hasim, Suhaimizan Bizar, Razali Abu Samah.
SEREMBAN:Beberapa bekas exco Kerajaan Negeri Sembilan tiba di Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) di sini, untuk dirakam percakapan oleh pasukan Bukit Aman susulan kemelut semasa di negeri itu.
Antara bekas exco tersebut ialah Faizal Ramli, Mohd Fairuz Mohd Isa, Mustapha Nagoor, Siti Nur Umaira Hasim, Suhaimizan Bizar, Razali Abu Samah, yang tiba secara berasingan bermula 10 pagi tadi.
Difahamkan polis termasuk pegawai juga telah tiba di menara berkenaan bagi merakam percakapan mereka.
Ketua Polis Negara Khalid Ismail semalam dilaporkan berkata polis memanggil bekas exco Negeri Sembilan untuk merekodkan keterangan, bagi membantu siasatan ekoran kemelut pentadbiran dan institusi diraja itu susulan beberapa laporan polis yang dibuat berhubung isu berkenaan.
Selain bekas exco, pihaknya turut akan mengambil keterangan daripada beberapa saksi dan individu lain yang berkaitan bagi melengkapkan siasatan kes.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.