CNN TürkHava Durumu (26-11-2026)PunchEPL: Man City risk forced sale over financial breaches – RegulatorBollywood HungamaShah Rukh Khan sends defamation notice to content creator over viral Anant Ambani video; gives 48-hour deadlineInquirerLPA to bring rain to Palawan; 3 weather systems to affect PHDaily MaverickProsecco’s ‘heroic’ vines offer a test case in climate resiliencePremium TimesNiger governor receives report on deaths of 37 miners in NSCDC custodyRMF24Kolejny ksiądz z diecezji sosnowieckiej z zarzutami na tle seksualnymSRF NewsProduziert im Herkunftsland – Kriegt die Schweizer Schokolade Konkurrenz aus Afrika?VarietyMario Van Peebles, Abderrahmane Sissako Set for Ivory Coast’s SICA as African Content Economy Takes Center StageESPNSteelers cut Aaron Rodgers after QB rips Mike McCarthy in scorched-earth interviewn-tvGemeinsamer Appell: Trump und Rutte: Moskau soll Ukraine-Krieg nicht ausweitenالنهاررامز جلال يفاجئ مورينيو بطلب تدريب الأهلي بعد رحيل عموتة
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 26, 2026

MCMC teliti risiko, pendekatan kawal selia permainan dalam talian

Translate

Kerajaan tidak berhasrat memperkenalkan syarat pelesenan khas kepada penyedia perkhidmatan permainan dalam talian seperti platform media sosial, sebaliknya sedang meneliti risiko serta pendekatan kawal selia bersesuaian menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata kajian itu akan merangkumi aspek keselamatan kanak-kanak, interaksi antara pengguna, ciri dan kandungan permainan serta langkah perlindungan dilaksanakan pemberi perkhidmatan.

Beliau berkata, MCMC turut meneliti pendekatan dan amalan di peringkat antarabangsa bagi mengenal pasti langkah perlindungan bersesuaian serta berkesan.

“Hasil kajian tersebut akan menjadi asas dalam menentukan keperluan untuk memperkenalkan langkah perlindungan atau pendekatan kawal selia tambahan, termasuk kemungkinan pelaksanaan had umur dan mekanisme pengesahan umur bagi penggunaan platform permainan dalam talian.

“Ia mengambil kira konteks Malaysia, perkembangan industri, risiko dikenal pasti serta keberkesanan langkah perlindungan sedia ada,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) mengenai rancangan memperluaskan had umur media sosial kepada platform permainan dalam talian, khasnya platform mempunyai jumlah pengguna kanak-kanak dan remaja tinggi.

Pada masa sama, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau CMCF telah mengadakan rundingan awam bagi membangunkan subkod permainan atau gaming subcode mulai 19 Sept hingga 24 Okt lepas.

Jelasnya, proses itu turut melibatkan pengendali gedung aplikasi, pembangun permainan tempatan dan antarabangsa, pakar keselamatan dalam talian, industri e-sukan, pengamal undang-undang serta penyelidik, dengan maklum balas diterima akan dipertimbangkan bagi menambah baik subkod berkenaan.

Katanya, kerajaan komited memastikan sebarang langkah kawal selia diperkenalkan berasaskan bukti, berkadar dengan tahap risiko serta mengutamakan keselamatan kanak-kanak dan remaja, di samping memastikan pembangunan industri permainan dalam talian secara bertanggungjawab.

Menjawab soalan tambahan Wan Saifulruddin Wan Jan (Wawasan-Tasek Gelugor), Fahmi berkata, kerajaan dalam usaha melaksanakan kerangka pelesenan menghendaki penyedia platform mempunyai pejabat di Malaysia, namun terdapat ruang untuk mengambil tindakan melalui pendekatan lain.

“Saya bagi contoh aplikasi X, apabila timbul masalah dengan aplikasi AI Grok, kita melakukan libat urus dengan pihak X dan Grok di Singapura.

“Akhirnya, bukan hanya Malaysia, tapi banyak negara mengenakan tekanan dan Grok telah mengubah suai aplikasi tersebut tidak membolehkan aplikasi AI itu disalahgunakan untuk mengedit, menukar gambar menjadi gambar lucah.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.