Daily MaverickRISING RED TIDE: Communism is growing – How tenderpreneur frustration gave the SACP a new support baseCNN Türkİran'dan yeni füze fırlatma sistemi! "İki sıvı yakıtlı füzeyi aynı anda ateşleyebiliyor"PunchFG may raise N20,000 NELFUND student allowance — OfficialInquirer EntertainmentBTS dominates two-day 2026 MAMAs with five winsThe Jerusalem PostDefense officials reject Treasury warning over NIS 100b. shortfall in US arms dealstazHistoriker über Weihnachten: „Die Elemente kommen aus unterschiedlichen Quellen“한겨레‘AI 커닝’ 의혹, 엠디트 수석까지…“6년 준비” 반박VanguardLokpobiri celebrates Youth Minister Olawande’s weddingZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFRTL BoulevardDit is Remi! Jezelf kunnen zijn, mogen zijn, durven zijnVarietyKarla Sofia Gascon Says ‘Emilia Perez’ Oscar Controversy Came From People Who ‘Didn’t Want Someone Like Me to Receive an Award’NOSDroneaanval op woongebouw Kyiv: twee gewonden, mogelijk mensen onder puin
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 22, 2026

DAP dalam ‘mode krisis’, perlu strategi baharu, Loke beri amaran

Translate

Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook memberi amaran bahawa parti itu kini berada dalam ‘mode krisis’ dan perlu mengubah pendekatan dengan merangka strategi baharu bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Beliau berkata parti itu juga seolah-olah sudah selesa dan tidak menunjukkan semangat perjuangan seperti mana yang ditunjukkan ketika membantu Pakatan Harapan (PH) menawan selangor pada 2008.

“Kita berada dalam keadaan ‘krisis mood’. Orang lain mahu menjatuhkan parti kita, mahu menjatuhkan kerajaan kita. Kita mesti serius dalam perjuangan dan mengambil semangat untuk mempertahankan serta berjuang seperti semangat kita pada 2008.

“Pada 2008, sebelum menang, semua bersemangat. Selepas menang, kita seolah-olah sudah selesa. Perkara ini mesti kita cegah dan kita perlu sentiasa berhati-hati,” katanya semasa berucap pada Konvensyen DAP Selangor.

Loke turut mengakui PH berdepan cabaran di Selangor, termasuk perubahan demografi pengundi susulan perpindahan penduduk dari negeri-negeri SG4 ke Selangor untuk bekerja, sebelum menukar alamat pendaftaran mengundi ke negeri itu.

“Ini strategi yang sedang dirancang dan dilaksanakan. Ini cabaran besar kepada PH Selangor dan kita mesti mencari jalan untuk menanganinya.

“Justeru, perkara yang sangat penting ialah bagaimana kita memberikan inspirasi kepada pengundi Selangor bahawa PH merupakan pilihan untuk meneruskan kepimpinan di negeri ini,” katanya.

Katanya, perkembangan politik di beberapa negeri termasuk Melaka dan Negeri Sembilan menunjukkan prestasi pentadbiran semata-mata tidak mencukupi apabila Barisan Nasional dan Perikatan Nasional berjaya menyatukan kekuatan serta memainkan sentimen penolakan terhadap DAP.

Loke memberi amaran bahawa kegagalan PH mempertahankan Selangor pada pilihan raya akan datang bukan sekadar menyebabkan gabungan itu kehilangan kedudukan dalam kerajaan, malah boleh menjejaskan kesinambungan pencapaian pentadbiran sejak 2008.

“Kalau kita hilang kekuatan ataupun mandat di Selangor, apa yang telah dicapai dalam tempoh 18 tahun sejak 2008 akan hilang dan lenyap.

“Kemajuan yang telah kita capai akan berundur ke belakang. Kita mahu terus mara dan maju ke hadapan, bukan menoleh ke belakang,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.