RTM bakal siar F1 secara langsung, kata PM

Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan perlumbaan Formula 1 (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini secara langsung.
Perkara itu disahkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini.
“Berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia! RTM akan menyiarkan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 secara langsung agar kemeriahan perlumbaan ini dapat dinikmati bersama,” katanya.
Beliau turut menzahirkan harapan agar inisiatif siaran langsung itu dapat membawa kehangatan aksi sukan bertaraf dunia tersebut ke setiap pelosok tanah air.
“Saya berharap siaran langsung ini memberi peluang kepada rakyat di seluruh pelosok tanah air untuk merasai debaran perlumbaan bertaraf dunia dari Litar Antarabangsa Sepang,” tambahnya.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.