Inquirer50 of 71 killed in ferry fire identifiedRTP DesportoPolémica na Seleção: Piers Morgan ataca Jorge JesusESPN DeportesBarcelona: Iniesta elige a sus "alter ego" y elogia a Lamine YamalESPNBijan Robinson, Falcons make NFC South statement in rout of SaintsDaily MaverickBrazil markets’ Bolsonaro rally sends stock exchange to record highUOLProfessor do Insper Carlos Melo critica falta de propostas nas campanhasالنهارصباح "النهار": أميركا وإيران بين أوراق الصراع... هجوم على الأذرع ولبنان يترقّبBusiness AMBusiness AM Sudoku’s 06-10-2026Rappler[Vantage Point] Inside the addictive architecture of the AI microdramaZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioVarietyJon Stewart’s ‘Daily Show’ Skips David Ellison-Skydance News to Take on AIScreen Rant6 Greatest Anime That Teach Vital Life Lessons
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, October 6, 2026

Hati-hati timbang kerjasama dengan PH yang ‘lemah’, Bersatu diberitahu

Translate

Pengerusi Urimai P Ramasamy menyarankan Bersatu supaya berhati-hati dalam mempertimbangkan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) bagi PRN Melaka, dengan berkata gabungan itu kini ‘berada di salah satu titik paling lemah dari segi politik.

Bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang itu berkata Bersatu sebaliknya perlu menjadikan PRN berkenaan sebagai medan menguji kerjasama politik yang lebih luas menjelang PRU16.

Ramasamy berkata PKR, DAP dan Amanah semuanya mengalami kemerosotan sokongan politik, manakala PKR dan DAP telah kehilangan sebahagian besar sokongan bukan Melayu mereka.

Katanya, DAP sendiri tidak lagi boleh menganggap sokongan masyarakat Cina sebagai sesuatu yang pasti.

Menurutnya, Bersatu sahaja tidak mampu menentukan keputusan di Melaka, walaupun kerjasama pilihan raya yang lebih luas boleh membantu parti itu mengelakkan pertandingan tiga penjuru dan menggabungkan undi Melayu serta bukan Melayu.

“Oleh itu, Melaka perlu dianggap sebagai medan ujian politik, iaitu platform yang membolehkan Bersatu membangunkan, menguji dan mengekalkan formula politik yang lebih luas sebagai persediaan menghadapi PRU16,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bersatu, komponen Perikatan Nasional (PN), telah mengesahkan akan bertanding dalam PRN Melaka dan dijangka menggunakan logonya sendiri susulan keretakan hubungan dengan PAS, yang mengetuai gabungan itu.

Setiausaha agung Bersatu Azmin Ali turut berkata parti itu bersedia mengadakan rundingan mengenai pakatan pilihan raya dengan parti lain, walaupun sebelum ini menolak kerjasama sedemikian.

PAS menamatkan kerjasama politiknya dengan Bersatu pada Jun lalu, sekali gus menambahkan lagi ketegangan hubungan dalam PN.

Dalam PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos, PAS mengetuai PN membentuk kerjasama pilihan raya dengan Barisan Nasional (BN), manakala Bersatu bertanding sendirian dan gagal memenangi mana-mana daripada 24 kerusi yang ditandinginya.

Bersatu sejak itu dikaitkan dengan spekulasi mengenai kemungkinan membentuk pakatan dengan PH, khususnya selepas pemimpin bahagian parti mereka di Melaka mengadakan jamuan makan malam pada bulan lalu.

Ramasamy berkata presiden Bersatu Muhyiddin Yassin perlu mengambil inisiatif untuk membina gabungan lebih luas yang mampu mencabar kekuatan gabungan BN dan PAS.

Bagaimanapun, katanya, matlamat itu tidak seharusnya terhad kepada rundingan pembahagian kerusi bagi pilihan raya Melaka, sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada pembentukan aturan politik alternatif menjelang PRU16.

“Jika Bersatu mahu kekal relevan, ia perlu bergerak melampaui sekadar mempertahankan kawasan politiknya yang sedia ada.

“Ia mesti membuktikan bahawa parti itu mampu menyediakan kepimpinan kepada gabungan politik yang lebih luas,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.