ESPN'I want to build dynasties here': How the Valkyries built a title winner in just two yearsESPN DeportesChivas se aprovecha de un endeble Atlante y pelea la cimaInquirerSpooky mall frights, cemetery bazaar mark Bukidnon Halloween한겨레낮은 주가 방치 ‘저PBR’ 기업 151곳…이마트·태광산업·현대제철 포함The Jerusalem PostHezbollah unlikely to attack Israel in case of US-Iran war unless regime under threat - reportZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioUOLPropostas de Lula para as ferrovias focam trens urbanos e metrôsХабрSlyber TURN Server для WebRTC приложений с установкой в одну командуRolling StoneHarry Styles Honored by Jalen Brunson at Madison Square Garden, Receives 30 Nights BannerSportstarIND A vs NZ A LIVE Score, 2nd unofficial Test Day 2: New Zealand A 105/3; Boyle, Foxcroft rebuild; India A 346 all outColliderPrime Video's New 8-Episode Sci-Fi Series Continues a Modern MasterpieceMalay MailMalaysian gets two weeks’ jail in Singapore for dragging woman into lift after she refused invitation home
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 1, 2026

Bersatu mahu tarik undi Melayu daripada BN-PN, kata penganalisis

Translate

Penyertaan Bersatu dalam PRN Melaka dilihat sebagai ujian terhadap keupayaan parti itu memecahkan undi Melayu dan menghalang kemenangan gabungan Barisan Nasional-Perikatan Nasional (BN-PN), kata seorang penganalisis politik.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata Bersatu menyertai pilihan raya itu dengan harapan dapat membuktikan kepada Pakatan Harapan (PH) bahawa parti berkenaan mampu menjadi sekutu penting pada PRU16, khususnya dengan menarik undi Melayu daripada BN dan PN.

Azmi Hassan.

Katanya, perpecahan undi Melayu boleh memberi kelebihan kepada PH, terutama di empat kerusi campuran iaitu Gadek, Ayer Keroh, Pengkalan Batu dan Kelebang, yang menyaksikan Bersatu dan PH sama-sama bertanding.

“Saya fikir Bersatu cuba menunjukkan bahawa ia mampu menarik sebahagian undi Melayu daripada calon BN dan PN. Ia mahu berbuat demikian supaya kerjasama PH-Bersatu dapat diteruskan hingga PRU16,” katanya kepada FMT.

PH bertanding di 24 daripada 28 kerusi pada PRN Melaka, manakala Bersatu bertanding di tujuh, termasuk empat yang menyaksikan pertembungan dengan rakan kerjasamanya itu.

Pengundi Melayu membentuk majoriti kecil di Pengkalan Batu dan Kelebang, dengan jumlah pengundi Cina dan India yang juga ketara di dua kawasan itu.

Dua kerusi berkenaan dimenangi BN pada PRN 2021 dengan majoriti tipis bawah 900 undi.

Di Ayer Keroh, PH turut bertembung dengan Bersatu. Kerusi itu merupakan kubu kuat DAP dengan pengundi Cina merangkumi 47.6% pengundi, diikuti Melayu 42.4% dan India 8.3%.

DAP memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 5,624 undi pada 2021 ketika BN dan PN turut bertembung.

Pengerusi PH Melaka Adly Zahari sebelum ini mengalu-alukan pertembungan dengan Bersatu pada PRN 14 Nov, dengan berkata pertandingan pelbagai penjuru boleh memberi kelebihan lebih besar kepada PH berbanding pertembungan satu lawan satu dengan BN-PN.

Bersatu sebagai ‘pengacau’?

Syaza Shukri.

Syaza Shukri.

Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pula meragui kemampuan Bersatu menarik undi Melayu yang mencukupi daripada BN-PN untuk membantu PH memenangi empat kerusi berkenaan.

“Walaupun Bersatu mampu menarik 10% undi Melayu di Pengkalan Batu dan Kelebang, ia masih tidak mencukupi kerana pengundi Melayu membentuk 60% hingga 70% pengundi di kawasan berkenaan,” katanya.

Syaza berkata Bersatu juga mungkin hanya memberi kesan kecil di Ayer Keroh sekiranya BN dan PN berjaya meraih undi Melayu, manakala pengundi Cina tidak keluar mengundi dalam jumlah besar.

Beliau percaya pertembungan Bersatu dengan PH bertujuan menguji parti mana lebih mendapat sokongan pengundi, khususnya bukan Melayu, namun keadaan itu hanya akan memberi kelebihan kepada BN-PN.

“Saya fikir Bersatu sudah menerima peranannya sebagai pengacau,” katanya sambil merujuk prestasi parti itu pada PRN Johor dan Negeri Sembilan awal tahun ini.

Bersatu bertanding di 16 kerusi atas tiket PN pada PRN Johor dan 24 kerusi di Negeri Sembilan, namun mengalami kekalahan besar dalam semua pertandingan berkenaan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.

Bersatu mahu tarik undi Melayu daripada BN-PN, kata penganalisis — KioskNews