ESPN DeportesPachuca y Atlante femenil despiden a sus DTInquirerDefense, prosecution to present oral arguments on voting thresholdDaily MaverickGOING FOR A SONG OP-ED: AI and the future of creativity — can artists’ histories travel with their work?The Jerusalem PostErdogan calls Gaza suffering 'most embarrassing concentration camp' in UNGA speechPunchAnambra flood: Pupil missing as police rescue nine한겨레2연패 도전 여자 배드민턴, 안세영 승리에도 일본에 막혀 단체전 ‘동’SözcüTrafikte görünen H işaretli trafik levhası kafa karıştırıyor: Çoğu sürücü anlamını bilmiyorCNN TürkMenderes Belediyesi'ne ikinci dalga operasyon: 9 gözaltı경향신문용수 상수도 활용·전력망 지중화··· “호남 반도체 팹 2기 2028년 착공 목표”Het Laatste NieuwsDroomtransfer met een valse start: waarom de interlandbreak op het ideale moment komt voor Nathan De CatDaily MailAndy Burnham wobbles on Chagos as Trump hits out at 'terrible and ridiculous deal' during their first-ever meetingSportstarAsian Games 2026 Day 5, Live Updates: India wins bronze medals in skeet shooting; Mirabai Chanu confirms weightlifting medal; India takes on China in men's badminton
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, September 23, 2026

Mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman RimbaWatch terhadap 2 kementerian

Translate

Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman badan pemantau alam sekitar, RimbaWatch terhadap dua kementerian berhubung dakwaan kegagalan mereka menyiasat aduan mengenai pengiklanan bahan api fosil yang ‘mengelirukan’.

Permohonan itu bertujuan mencabar keputusan yang dibuat oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada tahun lalu.

Peguam RimbaWatch, Kumaresan Thurairaju, berkata pesuruhjaya kehakiman Azizan Md Arshad menolak permohonan itu dalam kamar.

Mahkamah tidak membuat sebarang perintah berhubung kos.

Kumaresan berkata RimbaWatch akan merayu keputusan itu dan menulis surat kepada mahkamah untuk memohon alasan penghakimannya.

Peguam Kanan Persekutuan Syahriah Shapiee dan Intan Syafinaz Ros’lin hadir bagi pihak kedua-dua kementerian, manakala peguam Abhilaash Subramaniam hadir sebagai amicus curiae bagi Majlis Peguam.

Tahun lalu, RimbaWatch mengemukakan aduan kepada dua kementerian itu berhubung pemasaran sebuah syarikat bahan api fosil yang mendakwa produknya berasaskan bahan api fosil sebagai ‘neutral karbon’, dakwaan dianggap mengelirukan.

RimbaWatch berkata mereka mengemukakan aduan kepada dua kementerian itu kerana KPDN mewakili agensi di bawah menteri yang dilantik untuk melindungi pengguna, manakala NRES mewakili agensi di bawah menteri yang dilantik untuk mencegah pencemaran dan melindungi alam sekitar.

“Kami berpendapat jika dakwaan ini benar-benar mengelirukan seperti yang kami percaya, ia boleh menjejaskan kepentingan perlindungan pengguna dan iklim,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, KPDN memaklumkan kepada RimbaWatch bahawa aduan itu di luar bidang kuasanya dan perlu dikemukakan kepada NRES.

NRES pula meminta RimbaWatch mengemukakan aduan itu kepada KPDN.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.