Daily MaverickRISING RED TIDE: Communism is growing – How tenderpreneur frustration gave the SACP a new support baseCNN Türkİran'dan yeni füze fırlatma sistemi! "İki sıvı yakıtlı füzeyi aynı anda ateşleyebiliyor"PunchFG may raise N20,000 NELFUND student allowance — OfficialInquirer EntertainmentBTS dominates two-day 2026 MAMAs with five winsThe Jerusalem PostDefense officials reject Treasury warning over NIS 100b. shortfall in US arms dealstazHistoriker über Weihnachten: „Die Elemente kommen aus unterschiedlichen Quellen“한겨레‘AI 커닝’ 의혹, 엠디트 수석까지…“6년 준비” 반박VanguardLokpobiri celebrates Youth Minister Olawande’s weddingZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFRTL BoulevardDit is Remi! Jezelf kunnen zijn, mogen zijn, durven zijnVarietyKarla Sofia Gascon Says ‘Emilia Perez’ Oscar Controversy Came From People Who ‘Didn’t Want Someone Like Me to Receive an Award’NOSDroneaanval op woongebouw Kyiv: twee gewonden, mogelijk mensen onder puin
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 22, 2026

Kementerian siasat kemungkinan penemuan dadah di Pangkalan Udara Subang satu budaya

Translate

Kementerian Pertahanan bercadang menubuhkan jawatankuasa siasatan dalaman berhubung kes penemuan hampir 100kg dadah di Pangkalan Udara Subang bagi meneliti sama ada ia merupakan kes terpencil atau sudah menjadi budaya dalam kalangan warga kerja.

Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata jawatankuasa itu akan ditubuhkan sebaik sahaja siasatan polis selesai, lapor Bernama.

Katanya, jawatankuasa itu juga akan mengenal pasti kemungkinan wujud kelompangan dalam prosedur keselamatan sedia ada.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Apresiasi Tabika Kemas Parlimen Kota Tinggi, Khaled berkata hasil siasatan dalaman itu akan dijadikan asas untuk menambah baik dan memperketat kawalan keselamatan di semua pangkalan udara di seluruh negara.

Beliau berkata pemeriksaan serupa akan dilaksanakan di semua pangkalan udara, selain tidak menolak kemungkinan aset tentera termasuk pesawat pengangkut digunakan sindiket bagi mencapai tujuan mereka.

Khaled yang kesal dengan kejadian itu berkata insiden berkenaan bukan sahaja memberi kesan kepada individu yang terlibat, malah turut menjejaskan reputasi dan mencemarkan imej institusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Beliau berkata anggota tentera perlu memahami bahawa perbuatan mengkhianati amanah dan menjejaskan integriti boleh membawa hukuman berat, selain kementerian tidak akan melindungi mana-mana individu yang melakukan kesalahan sedemikian.

Pemeriksaan rutin terhadap barangan yang akan dimuatkan ke dalam pesawat TUDM di Pangkalan Udara Subang, Selasa lepas, membawa kepada penemuan dadah dalam lima bagasi dan sebuah kotak, selain penahanan lima pegawai TUDM yang disyaki terlibat.

Penemuan itu dibuat petugas di Bangunan Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang dan merupakan kejadian pertama seumpamanya dikesan menerusi pemeriksaan rutin berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Hussein Omar Khan dilapor berkata bahawa 11 individu ditahan termasuk lima pegawai TUDM di sekitar Lembah Klang dan Labuan pada 17 Nov lepas susulan insiden itu.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.