ESPN DeportesNecaxa y FC Juárez se reparten un punto que no rescata a ningunoDaily MaverickLOCAL ELECTIONS 2026: Slovo Park could be a Joburg success, but residents have lost hope in electionsThe Jerusalem PostLess than a day after stabbing attack, Chabad man returns to wrapping tefillin in ManhattanInquirerHunt for Bato dela Rosa sets 1-week ultimatum, P50-M bountyPunchFG convicts 653 suspects in mass terrorism trials — AGFESPNOur guide to every NFL Week 7 game: Matchup previews, predictions, picks and nuggetsBollywood HungamaSCOOP: Ranbir Kapoor SECRETLY tipped off Sandeep Reddy Vanga about Ramayana 2's delay; helped Prabhas' Spirit grab Diwali 2027!CNN TürkGS-FB DERBİSİ NE ZAMAN, HANGİ KANALDA? Galatasaray Fenerbahçe derbisi saat kaçta, şifresiz mi? Gözler derbi saatinde!ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFالنهارفرنسا تستنفر 70 ألف شرطي لتأمين احتجاجات السبتVanguardAlex Iwobi: From Arsenal prodigy to Premier League mainstaySözcü3 il tek yerde buluşuyor: Haritada bile zor bulunuyor
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 24, 2026

Sukar bukti kes bukan alasan tiada akta jerebu, kata pakar

Translate

Kesukaran membuktikan pihak bertanggungjawab terhadap kebakaran di luar negara tidak sepatutnya menghalang Malaysia daripada menggubal undang-undang khusus bagi menangani jerebu rentas sempadan, kata pakar.

Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Alam Sekitar Universiti Teknologi Malaysia, Mohd Fadhil Md Din, berkata akta baharu atau pindaan menyeluruh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 perlu dipertimbangkan bagi mengatasi jurang penguatkuasaan.

Mohd Fadhil Md Din

Mohd Fadhil Md Din.

“Kita memerlukan rantaian bukti yang menghubungkan kebakaran, pihak bertanggungjawab, pergerakan asap dan pencemaran di Malaysia,” katanya kepada FMT.

Katanya, titik panas yang dikesan melalui satelit hanya petunjuk awal dan tidak mencukupi untuk membuktikan siapa yang melakukan pembakaran.

“Sebaliknya, data itu perlu disokong maklumat pemilikan tanah, aktiviti di lokasi kebakaran dan analisis pergerakan asap,” katanya.

Pakar undang-undang antarabangsa, Salawati Mat Basir, turut menyokong keperluan akta khusus kerana undang-undang sedia ada terhad kepada pembakaran terbuka dalam Malaysia.

Salawati Mat Basir.

“Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 hanya efektif untuk pembakaran terbuka yang berlaku dalam sempadan Malaysia,” katanya daripada Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia.

Salawati berkata, siasatan perlu mengenal pasti pemilik dan pengendali kawasan kebakaran, termasuk kemungkinan penglibatan syarikat Malaysia melalui anak syarikat atau rantaian bekalan di luar negara.

“Kita perlu kenal pasti sama ada syarikat tempatan mempunyai rantaian bekalan atau anak syarikat di sana, supaya kita dapat mengenal pasti siapa yang berada di belakangnya,” katanya.

Fadhil berkata, Malaysia juga perlu memperkukuh kerjasama dengan Indonesia untuk mendapatkan maklumat pemilikan tanah, pengendali kawasan dan rekod kebakaran, kerana pihak berkuasa Malaysia tidak boleh menjalankan penguatkuasaan secara unilateral di negara lain.

Kedua-dua pakar mengulas kenyataan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Syed Ibrahim Syed Noh, kekurangan bukti untuk mengenal pasti punca pencemaran dan pihak bertanggungjawab menjadi cabaran utama Malaysia dalam menggubal akta khusus jerebu rentas sempadan.

Beliau berkata, maklumat seperti koordinat kebakaran, pemilikan tanah dan pihak yang menjalankan aktiviti di kawasan terlibat perlu dikenal pasti, termasuk bukti mengaitkan kebakaran itu dengan jerebu di Malaysia.

Bagaimanapun, katanya Malaysia akan meneruskan kerjasama diplomatik dengan Indonesia serta usaha melalui Perjanjian Asean Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.

Malaysia sebelum ini pernah mempertimbangkan undang-undang khusus bagi menangani jerebu rentas sempadan, namun cadangan itu tidak diteruskan pada 2020 selepas kerajaan ketika itu mengambil kira kebolehlaksanaan penguatkuasaan, hubungan diplomatik serta kesukaran mendapatkan bukti daripada negara lain.

Pada 2023, kerajaan sekali lagi memutuskan untuk tidak membentangkan rang undang-undang berkenaan selepas mengambil kira pandangan Jabatan Peguam Negara dan pakar undang-undang mengenai kesukaran mendakwa kesalahan yang berlaku merentasi sempadan.

Kerajaan kemudian menjelaskan ia tidak menutup sepenuhnya kemungkinan memperkenalkan undang-undang sedemikian.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.