PunchNobel Peace Prize jury treads carefully after Trump campaignCNN TürkApple iPad Mini serisine OLED dokunuşuThe Jerusalem PostHerzog says he will recommend Israelis who aided in flydubai attack for medal for civilian heroismRTP DesportoPrimeiro semestre de 2026 com maior volume de apostas de sempre em PortugalInquirerGenZennial Tour brings nat’l issues, vote discussions to GenSan youthThe South AfricanBafana Bafana vs Egypt: Salah, rotations, and what’s really at stakeUOLQuando uma eleição presidencial vai para o segundo turno? EntendaХабрКак Splash ускоряет локальные LLM на MacBBC NewsWho is the 'hero' Indian pilot who was stabbed on Israel-bound flight?Sportstar13-year-old S. Ishaan becomes youngest S14 para swimmer to double-cross Palk StraitIl Fatto QuotidianoLavoro nero e sfruttamento, 102 lavoratori irregolari: sequestrate due aziende tessili tra Napoli e SalernoSeeking AlphaEmerging Markets Bond ETF declares monthly distribution of $0.1110
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 1, 2026

Fadhlina arah program penceramah bebas dihenti serta-merta

Translate

Semua program melibatkan seorang penceramah bebas di sekolah dihentikan serta-merta sehingga siasatan penuh berhubung dakwaan yang sedang tular di media sosial selesai.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata dakwaan itu serius kerana membabitkan keselamatan dan perlindungan murid.

Beliau sudah meminta Kementerian Pendidikan mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu.

“Saya mengambil maklum beberapa dakwaan yang sedang tular di media sosial melibatkan seorang penceramah bebas yang pernah mengendalikan program bersama murid di sekolah.

“Buat masa sekarang saya telah mengarahkan semua program melibatkan penceramah bebas berkenaan dihentikan serta-merta bagi memberi ruang kepada siasatan penuh dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan.

Fadhlina turut menyeru individu yang mempunyai maklumat tampil membuat laporan polis bagi memastikan anak-anak mendapat perlindungan dan sokongan sewajarnya.

“Keselamatan murid mesti dipandang serius dan diteliti. Keselamatan anak-anak di bawah jagaan kita tidak boleh dikompromi,” katanya.

Sebelum ini tular dakwaan seorang motivator yang aktif mengadakan ceramah di sekolah menjadikan pelajar sebagai ‘mangsa’, termasuk membabitkan pelajar dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sekolah berasrama penuh (SBP).

Satu hantaran di media sosial turut mendakwa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah sudah membatalkan kebenaran penceramah berkenaan untuk memasuki sekolah di negeri itu.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.