The Jerusalem PostSeveral Petah Tikva synagogues refuse to host Smotrich, cite objections to politics during servicesInquirerNGCP raises yellow alert on electricity over Visayas grid anew on Oct. 17CNN TürkHürmüz Boğazı’nda deniz mayını patlaması: Süper tankerde yangın çıktıPunchMexican court sentences killers of Australian, US surfers to 158 yearsBollywood HungamaSCOOP: Tukaram Mundhe's FDA crackdown reportedly shuts food counters at INOX R City Mall for 5 daysZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFColliderThe ’80s Adventure That Inspired ‘Stranger Things’ Is Officially a Free Streaming HitSouth China Morning PostShisha smoking will cause 1 million new lung cancer cases globally by 2050: WHO studyHipertextualEl error más famoso de Windows existe por una elección inesperada que casi nadie conoceThe RegisterAmazon wants you to Bee-lieve wearable AI can recall it all for youFootball ItaliaSerie A | Bologna vs. Inter: Probable line-ups and where to watch on TVVanguardOil tanker on fire after hitting mine in Hormuz – Iran’s Guards
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 17, 2026

Pemimpin Amanah desak Umno jawab isu surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Translate

Umno perlu menjelaskan sama ada mengetahui atau merestui surat didakwa diutus Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berhubung kedudukan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Timbalan Presiden Amanah, Mujahid Yusof Rawa, berkata rakaman titah kemurkaan Tuanku Muhriz terhadap Ismail bukan perkara kecil yang boleh didiamkan oleh Umno.

Beliau mendakwa, isu berkenaan menunjukkan keretakan serius hubungan antara istana dengan pentadbiran negeri, susulan surat dikatakan menyatakan keputusan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) adalah sah dan Tuanku Muhriz bukan lagi Yang Dipertuan Besar.

“Kandungan penuh surat tersebut mesti didedahkan supaya rakyat mengetahui perkara sebenar. Umno tidak boleh sekadar menunggu dan berdiam diri,” katanya dalam kenyataan.

Mujahid turut mempersoalkan tindakan yang didakwa mempertikaikan kedudukan Tuanku Muhriz, walaupun Jabatan Peguam Negara dilapor menegaskan menteri besar dan exco tidak mempunyai kuasa untuk menurunkan atau mengisytiharkan kekosongan jawatan Yang Dipertuan Besar.

Katanya, setiausaha kerajaan negeri juga enggan mewartakan proklamasi itu kerana dianggap tidak sah dan tidak berperlembagaan.

Mujahid berkata, Umno perlu menjelaskan sama ada menyokong pendirian exco yang pernah mengiktiraf proklamasi itu serta mengapa Ismail didakwa berubah pendirian terhadap Tuanku Muhriz.

Beliau turut mempersoalkan sikap pimpinan Umno yang didakwanya lantang mempertahankan institusi raja Melayu apabila melibatkan pihak lain, tetapi berdiam diri apabila pemimpin parti itu sendiri dikaitkan dengan isu berkenaan.

“Ismail mesti segera mendedahkan dan menarik balik surat tersebut sekiranya benar kandungannya seperti yang dititahkan oleh Tuanku Muhriz.

“Beliau juga wajib memohon ampun kepada baginda serta meminta maaf kepada rakyat Negeri Sembilan dan seluruh rakyat Malaysia kerana sikap biadabnya terhadap institusi raja Melayu,” katanya.

Selain itu, Mujahid menggesa Umno mengambil tindakan disiplin tegas terhadap Ismail.

Katanya, jika menteri besar itu gagal memberikan penjelasan meyakinkan dan memulihkan hubungan dengan istana, Ismail wajar meletakkan jawatan.

“Jawatan menteri besar bukan hak milik Umno. Ia ialah amanah perlembagaan yang dilaksanakan dengan perkenan Yang Dipertuan Besar dan mesti dipertanggungjawabkan kepada rakyat serta Dewan Undangan Negeri,” katanya.

“Umno kini mesti memilih sama ada mempertahankan institusi raja atau pemimpinnya sendiri,” katanya.

Menerusi beberapa video tular di media sosial, semalam, Tuanku Muhriz dilihat memberitahu sekumpulan individu bahawa Ismail mengutus surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, memaklumkan baginda bukan lagi Yang Dipertuan Besar.

Tuanku Muhriz kemudian mempersoalkan tujuan Ismail berhasrat menemui baginda.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.