InquirerManila court issues arrest warrant vs Atong Ang – DOJThe Jerusalem PostJensen Huang disclosed additional affairs to Nvidia board before reinstatement as CEO - reportPunchBacking Obi in 2023 was a mistake – AbureCNN TürkBeşiktaş’ta Hyeon-gyu Oh için resmi teklif bekleniyorBollywood HungamaIFFI 2026: Ayan Mukerji BREAKS silence on Brahmastra’s mixed reception: “If there were things audiences didn’t like, probably they were things we needed to improve in the storytelling”Aitnewsإعلان عالمي في شنغهاي يدعو إلى توحيد معايير الجيل السادس ودمج الاتصالات بالذكاء الاصطناعيZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioThe South AfricaneThekwini council sitting goes ahead despite KZN Cogta directiveBillboardBilly Ray Cyrus on Miley’s Wedding: ‘I’m the Proudest Dad Alive’The Sydney Morning HeraldAustralian bowling ‘cartel’ gets back down to business in fiery SCG net sessionWirtualna PolskaDwa bloki w wyborach? Wiadomo, kto by wygrałسكاي نيوز عربيةأبوظبي.. مدينة الاستثمار وجودة الحياة
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 24, 2026

DBKL pertimbang cadangan saman pejalan kaki ingkar melalui CCTV

Translate

Cadangan penguatkuasaan saman melalui kamera litar tertutup (CCTV) terhadap pejalan kaki yang ingkar arahan papan tanda keselamatan masih dalam pertimbangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Lo Su Fui, berkata cadangan itu antara pendekatan dipertimbangkan DBKL bagi meningkatkan tahap keselamatan pejalan kaki, khususnya bagi mengelakkan mereka melintas di kawasan tidak dibenarkan.

Menurutnya, data Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur menunjukkan kadar kemalangan maut melibatkan pejalan kaki di ibu negara pada 2022 adalah 29 kes, 2023 (21), 2024 (23) dan 2025 (20).

“Tiga kawasan utama sering berlaku kemalangan pejalan kaki adalah lintasan pejalan kaki di Jalan Tun Perak, Masjid Jamek, Jalan Sultan Ismail serta Seri Petaling dan ia berlaku di waktu malam.

“Punca utama kemalangan melibatkan pejalan kaki disebabkan pengguna melintas tidak menggunakan fasiliti disediakan dan had laju kenderaan yang tinggi,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) mengenai jumlah kemalangan melibatkan pejalan kaki di Kuala Lumpur dari 2023 hingga 2026, termasuk jumlah kematian dan kecederaan serius serta berapa lokasi dikenal pasti kawasan berisiko tinggi dan akan dinaik taraf tahun depan.

Lo berkata, DBKL melaksanakan beberapa langkah, termasuk menambah peralatan keselamatan untuk mengurangkan had laju kenderaan kepada 30km sejam, lintasan pejalan kaki dan memasang halangan bagi mengelakkan pejalan kaki melintas di kawasan tidak dibenarkan.

“DBKL juga dalam perancangan membina lebih 22km laluan pejalan kaki berbumbung di sekitar Kuala Lumpur yang akan dilaksanakan seawal Disember ini bagi menyediakan kemudahan pejalan kaki lebih selamat dan kondusif.”

Mengenai kesalahan trafik, beliau berkata, DBKL mengeluarkan 295,211 notis kompaun sepanjang 2026 sehingga kini, selain 2,566 notis kompaun bagi kesalahan am.

Jelasnya, sebanyak 2,655 kenderaan turut ditunda kerana melakukan kesalahan lalu lintas dan menyebabkan halangan, manakala 1,404 kenderaan buruk serta tersadai diangkut atau ditunda.

Katanya, DBKL sentiasa mempergiatkan tindakan penguatkuasaan menerusi rondaan berkala, operasi khas dan operasi bersepadu bersama polis serta Jabatan Pengangkutan Jalan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.