The Jerusalem PostHow purchases of sanctioned Iranian jet fuel were disguised by MyanmarESPN DeportesAmérica tropieza con Pachuca y evita semana perfectaESPN18 yards rushing?! Even Tyler Shough can't save Saints as run game falls to new lowInquirerJonvic Remulla on Bato dela Rosa arrest: Enough talk, surrenderPunchEbola: SDP presidential candidate warns against shifting 2027 electionsDaily MaverickCAUGHT OUT: Gayton McKenzie’s Blu Label visits raise fresh questions over Ticketpro sale한겨레이 대통령 “CPTPP 연내 가입 신청 안 해…농어민과 충분히 소통”ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioCNN TürkAsrın inşası ABD'nin gündeminde: "Üretim, saatte 23 konut hızına eşdeğer"SözcüGalatasaray-Fenerbahçe derbisi öncesi metro düzenlemesi: Seferler uzatıldıRMF24Amerykanie zdecydują o układzie sił na Kapitoluالنهار3,000 ميغاواط بين مصر والسعودية... اختبار للسوق العربية للكهرباء
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 26, 2026

Suami didakwa bunuh pegawai AKPS

Translate

Suami kepada pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) yang ditemui maut di sebuah kuarters kerajaan di Nilai didakwa di Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan membunuh isterinya.

Utusan Malaysia melaporkan Khairudin Safi’ai, 39, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Nurul Saqinah Rosli. Tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa membunuh Norhazwani Ibrahim, 35, di kediaman mereka di Kelompok 6 Kompleks Perumahan Penjawat Awam KLIA, Nilai, kira-kira 7 malam 15 Okt lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, boleh disebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes bagi penyerahan laporan bedah siasat pada 22 Dis ini.

Media melaporkan Norhazwani ditemui maut di unit kuarters itu sebelum suaminya menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang bagi membantu siasatan.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa akibat tekanan pada leher, selain mengalami kecederaan tikaman di bahagian tepi perut dan pipi.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas mangsa dikatakan menyuarakan hasrat untuk bercerai. Mereka mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun serta mempunyai dua anak berusia lima dan enam tahun.

Semakan polis mendapati tertuduh mempunyai 16 rekod jenayah lampau, termasuk 10 kes berkaitan narkotik dan enam membabitkan kesalahan pecah rumah, mencuri serta memiliki barang curi.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.