CNN TürkAK Parti Sözcüsü Ömer Çelik: Nefret söylemini kökten reddediyoruzDaily MaverickThe baboons are doomed, and welfare groups just missed the last chance to save themThe Jerusalem PostMumbai suspect arrested for gathering intelligence on Chabad House for foreign handlersPunchPolice probe claims of extortion by unidentified officers in ImoInquirerTaal Volcano records spike in quakes after days of low activitySky TG24Guerra Ucraina, Zelensky: proposta Usa di cedere Donbass in cambio adesione Nato. LIVEZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFالنهار"إنسايد غزة" يفوز بجائزة أفضل فيلم وثائقي في مهرجان سينيمانياMyJoyOnlineRichard Asiedu calls for probe into NDC Central Regional polls over alleged irregularitiesDaily MailJeff Brazier's ex-wife Kate Dwyer goes public with new relationship one year after split and says he 'made me believe in everything again'MintGuwahati-bound IndiGo flight returns to Pune due to technical snag; all passengers safe — Here's all you need to knowHabertürkCOP31'de ‘Yarına Müzikal Bir Yolculuk’ konseri
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 15, 2026

UniMAP terbukti mampu lahir tenaga mahir industri teknologi tinggi

Translate

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terbukti berjaya melahirkan tenaga mahir yang memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi negara.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah kejayaan itu dibuktikan menerusi Anugerah Kadar Graduan Pilihan Syarikat Multinasional (MNC) Tertinggi yang diraih UniMAP selama dua tahun berturut-turut, bagi 2024 dan 2025.

Baginda yang juga canselor UniMAP bertitah pengiktirafan itu mencerminkan keyakinan syarikat multinasional terhadap kualiti dan kebolehan graduan universiti berkenaan.

Sehubungan itu, baginda mahu UniMAP terus melahirkan graduan berdaya saing, berfikiran kritis dan mampu menyumbang kepada pembangunan Perlis serta negara.

“Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga UniMAP atas kejayaan meraih pengiktirafan Anugerah Kadar Graduan Pilihan Syarikat Multinasional (MNC) Tertinggi selama dua tahun berturut-turut bagi 2024 dan 2025,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen UniMAP ke-21 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, semalam.

Pengiktirafan itu diberikan menerusi Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra menyeru graduan memanfaatkan ilmu dan kepakaran mereka untuk membantu masyarakat, meningkatkan daya saing negara serta berkongsi pengetahuan demi kemajuan bersama.

“Sesungguhnya, semakin tinggi ilmu yang dimiliki, semakin besar peluang dan peranan untuk menyumbang kepada bangsa dan negara,” titah baginda.

Pada istiadat sama, baginda berkenan mengisytiharkan pelantikan semula Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil sebagai Pro-Canselor UniMAP.

Baginda turut berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan kepada Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia Wong Siew Hai, sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya dalam bidang kejuruteraan, industri semikonduktor, pendidikan dan pembangunan bakat.

Anugerah Pelajaran Diraja pula disampaikan kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik dengan Kepujian, Luqmanul Hakim Hidayat, dan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Polimer dengan Kepujian, Kung Zhern Liang.

Seramai 3,776 graduan UniMAP dijadual menerima ijazah dan diploma masing-masing dalam tujuh sidang konvokesyen yang berlangsung selama empat hari bermula semalam.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.