PunchMorning recap: FG announces 19 international job vacancies, Jimmy Odukoya sues sister, seven others, other top storiesThe Jerusalem PostOver two-thirds of wounded soldiers returned to combat since start of war, IDF says한겨레주택정책 성적표, ‘세입자 주거비’로 매겨야 [아침햇발]InquirerOmbudsman affirms preventive suspension order vs Dalaguete mayorZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSRF NewsKrieg in der Ukraine – Russischer Frachter nahe Finnland von Drohnen getroffenSözcüFırtınada ağaçlar ve direkler devrildi매일경제싱가포르 접수한 제주흑돼지…엄격관리·품종 고급화 통했다Wirtualna PolskaOszust podszywał się pod księdza. Proboszcz ujawnił, co go zdradziło경향신문조국, 혁신당 ‘당명 개정’ 제안 “당명 속 ‘조국’ 제 이름 아니지만…범민주 좋아할 이름 찾자 ”Daily MailHonorary Cyrus! Elizabeth Hurley joins family photos at Miley's wedding as boyfriend Billy Ray's date along with son Damian… amid engagement rumorsVanguard2027: Who speaks for the North as ACF crisis deepens?
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 22, 2026

DAP rakan setia, tiada sebab keluar PH, kata Faiz

Translate

Setiausaha Agung Amanah, Faiz Fadzil menegaskan bahawa tiada sebab untuk DAP keluar daripada Pakatan Harapan (PH) kerana parti itu merupakan rakan politik yang setia dalam gabungan berkenaan.

Faiz berkata kerjasama antara kedua-dua parti itu dalam PH juga penting bagi menjamin kemajuan negara dan kestabilan politik.

“Saya yakin bahawa untuk kemajuan negara dan kestabilan politik, DAP adalah rakan politik yang setia dengan PH.

“Kerjasama PH dengan DAP juga bukan sebab keuntungan politik, tetapi atas dasar prinsip yang berteraskan nilai dan khidmat untuk rakyat,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bahawa parti itu hanya akan mempertimbang menyertai kerajaan perpaduan pimpinan PH sekiranya DAP tidak lagi menjadi sebahagian gabungan itu

Hadi menjawab kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad dan cadangan bekas pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rosli Yaakop agar parti Islam itu menyokong kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan PH.

Dalam pada itu, Faiz berkata, Amanah juga tidak mempunyai perancangan untuk bekerjasama dengan PAS selagi parti itu terus memainkan politik sentimen kaum demi mendapatkan kuasa.

Beliau berkata PAS juga bukan rakan politik yang sesuai untuk membawa kemajuan negara, selain mempersoalkan prestasi pentadbiran parti itu di negeri SG4.

“Jadi, untuk masa sekarang, saya tidak nampak nilai tambah PAS jika berada dalam kerajaan Madani,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.