CNN TürkGalatasaray'da Ugochukwu'nun bileti kesildiPunch81-year-old British author wins 50,000 Booker Prize, becomes oldest recipientInquirerAmihan, easterlies to bring rains over parts of PH on Nov. 11Bollywood HungamaNora Fatehi’s appearance in Sukesh Chandrashekhar Case comes under scrutiny as defence prepares for cross-examination한겨레부마항쟁 투쟁선언문·남북탁구단일팀 금메달 예비문화유산 됐다Fox NewsVeterans Day 2026 brings free meals at popular restaurants — and some deals don't end Nov. 11ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudioسكاي نيوز عربيةدبي تعتمد 11 مليار درهم موازنة لمشاريع استراتيجية جديدةVanguardNERC approves N30bn for free meters, targets May 2027Observador DesportoCharles. Vento de 130 km/h na Madeira segue para continenteالنهارتعاون بين مقرّ المؤثّرين في الإمارات و"يوتيوب" لتدريب أكثر من 1000 صانع محتوىTagesschauMarktbericht: DAX-Rekord bleibt in Sichtweite
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 11, 2026

Azeez dibenar cabar LHDN batal penyelesaian cukai RM4.8 juta

Translate

Mahkamah Tinggi membenarkan bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji Abdul Azeez Abdul Rahim mendapatkan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman terhadap keputusan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membatalkan penyelesaian cukai berjumlah RM4.8 juta.

Peguam Azeez, Amer Hamzah Arshad, berkata Hakim S Indra Nehru membenarkan permohonan kebenaran itu hari ini selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.

“Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah berpuas hati bahawa terdapat isu undang-undang yang perlu didengar dalam permohonan kebenaran kami.

“Justeru, mahkamah membenarkan permohonan itu diteruskan ke peringkat pendengaran substantif semakan kehakiman,” katanya kepada media selepas prosiding hari ini.

Beliau berkata mahkamah turut membenarkan penangguhan sementara selama dua minggu bagi menghalang LHDN mengambil tindakan terhadap Azeez.

Mahkamah menetapkan 16 Nov ini untuk menetapkan tarikh pendengaran semakan kehakiman dan permohonan penangguhan itu.

Azeez memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman pada 6 Sept lalu bagi membatalkan keputusan LHDN menarik balik perjanjian penyelesaian cukai bertarikh 9 Feb 2022, serta taksiran komposit yang dikeluarkan susulan keputusan itu pada 22 Mac 2022 bagi tahun taksiran 2011 hingga 2020.

Beliau turut memohon perintah supaya LHDN mematuhi perjanjian berkenaan, yang menurutnya muktamad dan konklusif di sisi undang-undang.

Peguam Kanan Persekutuan Ng Siew Wee mewakili Jabatan Peguam Negara.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.