PunchFG orders recovery of excess payments to university workersDaily MaverickARTFUL REPOSE: At home with African art: resting in a museum of creative repairInquirerNKTI’s 12-story extension ‘operational’ by 2028The Jerusalem PostRequests for sexual assault support jump 28% as survivors face treatment backlogCNN TürkTürk F-16 pilotlarından tarihi uçuş! Mogadişu-Bandırma arası uçuşları duraksız yapıldıSözcüTrafik tabelası yollarda görülmeye başlandı: İşte anlamıBBC NewsCricket Australia sets up 'safe space' for players to share sandpapergate experiencesNew Straits TimesThai police foil attempt to smuggle 23 Myanmar migrants into MalaysiaGlobal NewsFajardo tells fans he’s staying with champion ElksБи-би-сиСи Цзиньпин и Владимир Путин проводят переговоры в Шэньчжэне в преддверии саммита лидеров АТЭС и трехсторонней встречи с Трампомn-tvEuropäer springen Kiew zur Seite: Pistorius hält US-Kritik an Ukraine für "ziemlich dumm"The Sydney Morning HeraldQueensland parliament updates: MPs return for second day of sitting week
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 18, 2026

‘Kalah ajak yang menang, dunia sudah terbalik’, Iskandar sindir Amanah

Translate

Bendahari PAS Iskandar Abdul Samad menyindir Amanah kerana mengajak PAS menyertai kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim selepas gagal memenangi sebarang kerusi pada PRN Melaka, sebaliknya menyarankan parti itu memohon menyertai Perikatan Nasional (PN).

Iskandar menyifatkan gesaan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad supaya PAS meninggalkan Umno dan menyokong kerajaan Anwar sebagai melucukan, memandangkan parti yang kalah dalam pilihan raya pula mahu mengajak pihak yang menang menyertai mereka.

“Agak melucukan juga selepas PRN Melaka ada pimpinan Amanah yang mencadangkan PAS tinggalkan Umno dan menyertai Kerajaan Madani.

“Yang kalah menjemput yang menang menyertai mereka. Tak masuk akal. Sepatutnya yang menang jemput yang kalah. Dunia sudah terbalik,” katanya kepada FMT.

Iskandar berkata keputusan PRN Melaka jelas menunjukkan perbezaan prestasi kedua-dua parti apabila Amanah tewas di semua kerusi ditandingi, manakala PAS memenangi dua kerusi dan PN secara keseluruhan meraih tiga kerusi.

Katanya, Pakatan Harapan (PH) pula hanya memenangi empat kerusi, semuanya disumbangkan DAP.

“Lebih logik jika Amanah mohon masuk PN,” katanya.

Beliau mengulas gesaan Khalid supaya PAS menamatkan kerjasama dengan Umno dan beralih menyokong kerajaan pimpinan Anwar.

Gesaan itu menyusul cadangan bekas pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Rosli Yaakop supaya parti itu meninggalkan Umno dan menyokong Anwar serta PH.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.