The Jerusalem PostHouston, we have a problem: NASA chief fires back at Marjorie Taylor Greene's Moon landing denialCNN TürkÇocukların gözü önünde vahşet! Boşanma aşamasındaki eşini öldüren kişi intihara teşebbüs ettiPunchUS military base shooter seeks halt to firing squad executionInquirerShear line, amihan, easterlies to bring rains over PH on Nov. 25한겨레[포토] 각계 시민사회단체 “이재명 정부 개발 중심 정책 중단하라”Inquirer EntertainmentA mother and a wife: Meet Miss Universe 2026 Jennifer BarretoSRF NewsVon Haiti bis Jemen – Die Krise der Entwicklungszusammenarbeit trifft besonders FrauenZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFRMF24Nawrocki i Milei ze złotą piłą mechaniczną. Niecodzienne zdjęcie z Buenos Aires3DNewsКитай впервые отправил международный экипаж на орбитальную станцию «Тяньгун» — пакистанца и двух тайконавтовThe Sydney Morning HeraldGreens secure pensioner reprieve, Labor targets private jet owners in last-minute deals7sur7Conditions glissantes sur les routes: une province wallonne en alerte jaune
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 25, 2026

Ingkar larangan guna beg plastik, lesen premis di Perak boleh dibatal

Translate

Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Perak akan membatalkan lesen perniagaan premis yang berulang kali melanggar larangan penggunaan beg plastik sekali guna.

Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim, berkata itu antara langkah penguatkuasaan terhadap peniaga masih degil dan ingkar mematuhi dasar berkenaan.

Jelasnya, penguatkuasaan dilaksanakan mengikut peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 serta Undang-undang Kecil Pelesenan PBT.

“Tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan secara berfasa, bermula dengan pengeluaran notis amaran, sebelum tindakan kompaun dikenakan.

“Bagi kesalahan berulang yang tegar, PBT boleh mengambil tindakan membatalkan lesen perniagaan premis tersebut,” katanya menurut Sinar Harian menjawab soalan Khalil Yahaya (PN-Kubu Gajah) di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kerajaan Perak melarang penggunaan beg plastik sekali guna berkuat kuasa 1 Mac 2026, meliputi pelbagai kategori premis termasuk pasar raya, kedai serbaneka, restoran makanan segera, farmasi serta premis lain yang dilesenkan PBT.

Teh berkata, satu garis panduan sedang dimuktamadkan bagi menyeragamkan pelaksanaan dasar dan tindakan penguatkuasaan di semua 15 PBT di Perak.

Katanya, pelaksanaan dasar itu diterima baik masyarakat, pengguna, pengurusan pasar raya, peniaga dan penjaja di Perak.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.