InquirerSC upholds law extending barangay, SK officials’ termsThe Jerusalem PostEisenkot moves closer to ousting Netanyahu, what could come next for Israel?CNN Türk7 KASIM İSTANBUL, ANKARA, İZMİR HAVA DURUMU| Bugün hava nasıl olacak? 9 ilde kar ve sağanak etkili olacak!SözcüMotorine gece yarısı indirim geldi: 100 lira eşiği kırıldıMalay MailAt least 56 Malaysians jailed in southern Thailand, 44 for drug offences, says consul-general中国新闻网长辈“入坑”,年轻人“真香”,大陆AI短剧成了台湾观众的“电子下饭菜”?VanguardTinubu’s reforms need time to deliver, 2nd term will consolidate gains — AgudaThe Sydney Morning HeraldThe Age photos of the week, November 7, 2026Screen RantDisney+'s 95-Episode Sci-Fi Series Delivers A Masterclass In Comic Book AdaptationsHet Laatste NieuwsCalifornië verwerpt vermogensbelasting voor miljardairsCNN بالعربيةمفتي عُمان يعلق على فوز مسلمين بالانتخابات النصفية الأمريكية ومعنى ذلكVarietyStephen Chow Told Japan to Stop Aping Kung Fu, Says Boss of Film Fund Behind Kore-eda Hirokazu’s ‘Look Back’
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 7, 2026

Jalan Batu Arang-Ijok ditutup akibat tanah runtuh

Translate

Jalan Batu Arang-Ijok berhampiran Fruit Valley di Rawang ditutup kepada lalu lintas kedua-dua arah susulan tanah runtuh.

Ketua Polis Gombak, Ibrahim Husin, berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 11 malam Khamis lalu.

“Runtuhan tanah berlaku berikutan kegagalan cerun atas dan bawah serta sebahagian struktur jalan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan awal bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Batu Arang mendapati keadaan laluan dari arah Ijok ke Rawang tidak selamat untuk dilalui.

Menurutnya, JBPM memaklumkan penutupan jalan di kedua-dua arah perlu dilaksanakan bagi mengelakkan risiko kepada pengguna jalan raya.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini,” katanya sambil menambah punca sebenar runtuhan tanah masih dalam siasatan lanjut pihak berkuasa berkaitan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.