InquirerSC junks 3 petitions vs impeach court ‘2/3’ rulingESPNRonaldo leaves Portugal camp after coach says he'd be benched againDaily MaverickParamount gets court green light on Warner Bros deal, names Mattel’s Kreiz co-CEOESPN DeportesEN VIVO: Padres tiene ventaja sobre Cubs, pero Chicago aún está a tiempo de reaccionarPunchMohbad: IGP approves family’s petition for fresh probeThe Jerusalem PostIsraeli tourists rescued amid renewed fighting in Tigray, Ethiopia, FM saysSözcüSivrisinekleri yok etmek isterken dengeyi değiştirdiler: Sonunda gökten kedi yağdırdılarCNN TürkTBMM yeni yasama yılına bugün başlıyorLenta.ruРасходы россиян на хобби подсчиталиStraits Times SportGambhir rues batting-friendly pitches after India's record ODI chaseBusiness AMProblemen met de toiletten op Amerikaans vliegdekschip USS Gerald R. Ford kosten de marine miljoenenHabertürkMustafa Sandal'dan fon açıklaması
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 1, 2026

Ketua Amanah Melaka nafi PH tutup pintu kerjasama dengan BN

Translate

Pakatan Harapan (PH) tidak menutup ruang menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti baik Barisan Nasional (BN) mahupun Bersatu menjelang PRN Melaka, kata Ketua Amanah Melaka Ashraf Mukhlis Minghat.

Katanya, apa disuarakan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad mengenai kerjasama dengan BN dianggap ‘pandangan peribadi’, lapor Utusan Malaysia.

“Dengan BN ini masih lagi dalam proses. Kita tunggulah keputusan kerana perkara itu tidak dibuat di Melaka, sebaliknya akan dibuat di peringkat nasional.

“Bagi Amanah Melaka, kami terbuka dengan mana-mana pihak. Kami ada pengalaman bekerjasama dengan semua pihak, jadi sebenarnya tidak kekok untuk kami bersama-sama dengan mana-mana pihak yang mahu bekerjasama.

“Kalau mereka hulur tangan, kita tengok nanti apa syaratnya dan apa bentuk kerjasama. Benda-benda itu semua belum di­bincangkan lagi. Setakat ini bagi Amanah Melaka, kami terbuka saja (dengan Bersatu). Tidak ada masalah,” katanya.

Pada Selasa, Khalid berkata, PH terbuka bekerjasama dengan mana-mana parti kecuali BN dan Perikatan Nasional (PN).

Sebagai maklum balas, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata pintu BN sentiasa terbuka kepada semua parti, termasuk PH.

BN masih belum memberikan komitmen terhadap sebarang pakatan dengan mana-mana parti bagi PRN Melaka, walaupun pengerusi gabungan itu, Zahid Hamidi, pada mulanya menyatakan mereka akan berganding bahu dengan PN semula.

Zahid membuat kenyataan tersebut pada malam pakatan BN-PN memperoleh majoriti dua pertiga pada PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos.

Dalam perkembangan berasingan, Bersatu berkata parti itu tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti politik dalam PRN Melaka, termasuk PH.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.