CNN TürkMasterChef'te eleme adayı kim oldu? 10 Kasım MasterChef'te dokunulmazlığı kim kazandı?PunchAwujale: Ijebu chiefs sue Abiodun over interregnum councilThe Jerusalem PostUS House of Representatives Republicans derail attempt to impeach Defense Secretary Pete Hegsethالنهارلاتفيا وليتوانيا تحذران من تهديدات جديدة من مسيَّرات بالمجال الجويInquirer110 endangered hawksbill turtle hatchlings released in RomblonDeadlineStacy Keach Dies: ‘Mike Hammer’ Star, Film & Stage Actor Was 85Global NewsRural N.S. patients worry as medical ride program comes to an endZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFMalay MailIn Dewan Rakyat today: Social media age verification, travel bans over tax, and solar schemes in focus매일경제‘K자형 양극화’ 대응 나선 정부…경제부총리 중심 범정부 TF 구성경향신문[속보]서울 성북구서 10대 여성 살해한 50대 남성 긴급체포SBS 뉴스[정치쇼] 김성태 "결기 안 느껴지는 국힘 장외투쟁, 의원직 총사퇴 걸고 막아라"
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 11, 2026

Bimbang momentum terjejas, BN-PN mungkin terus gesa percepat PRU16

Translate

Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mungkin terus mendesak PRU16 diadakan lebih awal bagi memanfaatkan momentum politik jika kerjasamanya menang besar pada PRN Melaka, Sabtu ini, kata penganalisis.

Mazlan Ali berkata kedua-dua gabungan mungkin bimbang momentum itu terjejas susulan perkembangan politik baharu, termasuk siasatan agresif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam beberapa pendedahan.

Beliau tidak menamakan nama parti atau pemimpin tetapi sebelum ini Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Abdul Azeez Abdul Rahim dan Jamil Khir Baharom berdepan pertuduhan berkait salah guna kuasa kontroversi Lembaga Tabung Haji, namun kedua-duanya mengaku tidak bersalah.

Menurut ahli akademik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu, perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) antara kerajaan dengan 13 Ahli Parlimen pembangkang juga mungkin mempengaruhi perkiraan politik BN-PN menjelang PRU16.

“Hari ini banyak isu didedahkan dan disiasat SPRM, mungkin dalam tempoh setahun lebih ini dikhuatiri mengubah tempo politik yang akhirnya memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH),” katanya kepada FMT.

“Jadi sebab itu saya fikir BN-PN mahu pilihan raya segera,” katanya yang berpandangan peluang kedua-dua gabungan untuk menang lebih cerah jika PRU16 diadakan dalam masa terdekat.

Pada PRN Johor Julai lalu, BN memenangi 48 daripada 56 kerusi DUN manakala kerjasama BN-PN menguasai 25 daripada 36 kerusi di Negeri Sembilan pada Ogos, sekali gus membentuk kerajaan negeri.

Isnin lalu, Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kemenangan BN-PN di Melaka mampu mencetuskan perkembangan politik baharu dan meningkatkan tekanan terhadap PH pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Semalam, Presiden Umno Zahid Hamidi dipetik berkata Parlimen sepatutnya dibubarkan bagi membolehkan mandat baharu diberikan kepada rakyat berbanding mengadakan rombakan Kabinet ketika ini.

Rombakan itu mungkin berlaku susulan peletakkan jawatan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook sebagai menteri pengangkutan selepas bekas perdana menteri mula menjalani tahanan rumah.

Bagaimanapun, Mazlan berkata kemenangan di Melaka tidak semestinya membawa kepada PRU16 lebih awal kerana pembubaran Parlimen tertakluk kepada nasihat perdana menteri dan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, Anwar tidak mempunyai sebab untuk membubarkan Parlimen selagi mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat, terutama selepas CSA dengan 13 Ahli Parlimen pembangkang dan bebas mengukuhkan kedudukan kerajaan.

Kerajaan pada 29 Okt lalu memeterai CSA dengan 13 Ahli Parlimen, terdiri enam wakil Bersatu diketuai Muhyiddin Yassin, enam bekas wakil parti itu dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Saya tak nampak kenapa Anwar akan bubarkan Parlimen. Perdana menteri mesti tunggu sampai mandat itu berakhir pada Februari 2028.”

Sementara itu, Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan berpandangan Anwar tidak mempunyai sebab untuk memenuhi desakan BN-PN, terutama ketika PH turut berdepan cabaran politik termasuk isu penangguhan pelaksanaan tahanan rumah bekas perdana menteri Najib Razak.

“Jadi kalau menang besar BN dan PN di Melaka ini akan menguatkan lagi Anwar untuk tidak membubarkan Parlimen kerana untuk bubar Parlimen selepas Melaka.

“Walaupun tekanan akan menjadi lebih kuat, ia tidak memberi faedah kepada PH,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.