ESPN DeportesEN VIVO: México pierde ante USA con error de Tala RangelESPNFollow live: Julian Hall scores to give USMNT lead over MexicoInquirerNDF seeks Red Cross intervention for wounded, pregnant rebel leaderThe Jerusalem PostDefense Ministry: 1,318 Israeli security personnel killed across all fronts since October 7UOLEleição tem 158 milhões aptos a votar com disputa acirrada entre Lula e Flávio BolsonaroZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFNew Straits TimesMurdered Yong Peng student dreamed of becoming doctor like late motherSRF NewsHunderte Millionen Verlust – Swiss Steel nimmt Stellenabbau in Deutschland vorEl ComercioLa Kábala, sábado 3 de octubre: Conoce los resultados del sorteo con un pozo de S/ 1′123,767n-tv"Situation nicht unterschätzt": Reiche wehrt sich gegen Vorwürfe wegen zusätzlicher GaseinkäufeBBC NewsBurnham scraps controversial plans to curb jury trials경향신문외국인의 ‘이머전시 레디’ 앱 사용 극히 저조···“재난정보 전달 실효성 낮아”
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 4, 2026

Tak mungkin GPS, GRS tarik sokongan kerajaan Madani, kata penganalisis

Translate

Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak ada banyak sebab untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan persekutuan, memandangkan kedua-dua negeri terus mendapat manfaat daripada pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Minggu lalu, bekas ahli politik dan penganalisis Ong Kian Ming mencadangkan bahawa GPS pimpinan Abang Johari Openg dan GRS yang diterajui Hajiji Noor mungkin lebih terbuka untuk menyokong BN dan menarik balik sokongan terhadap kerajaan selepas Belanjawan 2027 dibentangkan pada 9 Okt.

James Chin dari Universiti Tasmania memberitahu FMT bahawa kedua-dua blok itu berkemungkinan tidak akan bersetuju untuk menjatuhkan kerajaan dengan penggal parlimen hanya berbaki kira-kira setahun.

james chin

James Chin.

Katanya, hal ini kerana Anwar telah menyediakan peruntukan persekutuan yang besar untuk kedua-dua negeri dan komited untuk menyelesaikan isu-isu utama di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Mereka tidak akan menjatuhkannya (Anwar) selagi beliau bekerjasama dengan mereka. Satu-satunya perkara yang mereka mahukan ialah 35% daripada kerusi (Parlimen), tetapi mereka tahu mereka tidak boleh mendapatkannya kerana tiada masa lagi dalam penggal Parlimen ketika ini,” katanya kepada FMT.

“Anwar telah berjanji kepada bahawa beliau akan menambah jumlah kerusi dan menyelesaikan beberapa isu utama MA63.

“Jadi, melainkan BN boleh menawarkan tawaran yang lebih baik kepada Sabah dan Sarawak, dan saya sangat meraguinya, mereka tidak akan bersetuju (untuk membantu menumbangkan kerajaan),” katanya.

Jayum Jawan dari Akademi Sains Malaysia sependapat, dengan berkata bahawa kedua-dua blok itu tidak mungkin menukar pakatan atau menarik balik sokongan terhadap kerajaan Anwar.

jayum jawan

Jayum Jawan.

Bagaimanapun, beliau berkata kedua-dua blok itu, khususnya GPS, diketahui sering menukar rakan politik apabila keadaan memihak kepada mereka.

Beliau memberikan contoh kerjasama kerajaan Sarawak pimpinan GPS dengan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada 2018, diikuti sokongan terhadap kerajaan berikutnya yang diterajui Perikatan Nasional (PN) dan BN.

“Sabah atau Sarawak tidak mampu berada di pihak yang menentang kerajaan pemerintah di peringkat persekutuan kerana itulah realiti politik yang praktikal. (Jika tidak,) mereka akan kehilangan tonggak (di Putrajaya) yang turut mereka harapkan untuk mendapatkan legitimasi politik di negeri masing-masing,” katanya.

Felo kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun, berkata GPS boleh bekerjasama dengan baik dengan BN kerana ia adalah serpihan daripada gabungan yang diterajui Umno itu.

oh ei sun

Oh Ei Sun.

Katanya, perkara ini jelas selepas PRU2022, apabila GPS, yang pada mulanya menyokong PN untuk membentuk kerajaan, menarik balik sokongannya dan menyertai BN untuk menjalin kerjasama dengan PH bagi membentuk kerajaan perpaduan.

“GRS lebih cenderung berada di atas pagar kerana mereka akan melihat pihak mana yang lebih sesuai untuk mereka bekerjasama dari segi mendapatkan projek persekutuan (untuk Sabah),” katanya.

Oh berkata pentadbiran Anwar sedang berusaha memenuhi tuntutan negeri-negeri Borneo, yang menjelaskan kekerapan lawatan beliau ke Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Chin mengakui wujudnya rasa tidak puas hati di Sabah terhadap apa yang disifatkannya sebagai kelewatan Putrajaya dalam menunaikan hak negeri itu terhadap 40% hasil persekutuan yang dikutip di Sabah, serta langkah kerajaan memohon penangguhan pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi berhubung hasil tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu tidak cukup untuk memujuk GRS menyokong BN dalam menarik balik sokongan terhadap kerajaan perpaduan.

Jayum berkata kelewatan yang didakwa berlaku dalam menunaikan hak Sabah itu bagaimanapun boleh digunakan oleh GRS dan GPS untuk meraih simpati serta sokongan orang ramai, sambil memberi tekanan kepada kerajaan persekutuan supaya memenuhi tuntutan mereka berkaitan MA63.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.