The Jerusalem Post'Oh my God, it’s Tehran': B-2 pilots reveal dramatic moments of attack on nuclear facilitiesPunchArmy seeks Bauchi land for armour training as COAS leads combat exerciseCNN TürkBelediye başkanı ve başkan vekili seçimine yeni düzenlemeInquirerP9 million in petroleum products seized in Lipa City; 2 arrestedZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudio한겨레미 상원, 이란전 중단요구 부결…공화당 세 의원 찬성매일경제“친구 따라 주식했다가 쪽박만”…은행예금·파킹통장에 다시 몰리는 돈경향신문영어 1등급 7~10% 전망…수시 ‘수능최저’ 충족자 늘어날까New Straits TimesTwo family members killed in Parit Raja house fireGlobo EsporteSão Paulo x Fluminense - Campeonato Brasileiro 2026 - Ao vivo - globoesporte.comE! OnlineBruno Mars Announces Death of Dad in Heartbreaking PostDeadlineJorrybell Agoto Dies: Filipiñana Breakout Actress Was 32
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, November 20, 2026

Umno sedia korbankan Ismail demi kekal berkuasa, kata penganalisis

Translate

Umno mungkin bersedia menggugurkan Ismail Lasim sebagai menteri besar demi mengekalkan kuasa di Negeri Sembilan, kata penganalisis yang turut memberi amaran kemelut itu boleh menghakis kepercayaan dalam parti.

“Saya melihat Umno sedang mengambil langkah untuk mengorbankan Ismail Lasim sebagai menteri besar,” kata Azmi Hassan dari Akademi Nusantara kepada FMT.

Azmi Hassan.

Beliau berkata pengunduran Adun Juasseh itu dilihat sebagai satu pilihan merungkai kebuntuan antara parti itu dengan istana, sekali gus mengekalkan penguasaan Barisan Nasional (BN) terhadap kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting memberi amaran cara parti itu menangani dakwaan peletakan jawatan Ismail boleh menjejaskan kepercayaan antara kepimpinan tertinggi Umno dengan pemimpin peringkat bawahan.

Beliau berkata pemimpin berkenaan mungkin mempersoalkan mengapa mereka perlu terus setia jika merasakan kepatuhan kepada keputusan parti akhirnya menyebabkan mereka menanggung padah apabila timbul masalah.

“Jika seseorang yang selama ini mematuhi keputusan parti boleh berdepan keadaan seperti ini tanpa penjelasan meyakinkan, apa jaminan perkara sama tidak akan berlaku kepada pemimpin lain?” katanya.

Amaran itu menyusul dakwaan anak Ismail, Naim, bahawa bapanya dijadikan kambing hitam dalam krisis politik yang melanda Negeri Sembilan.

Presiden Umno Zahid Hamidi dipetik berkata Ismail berbuat demikian secara sukarela tanpa arahan parti.

Beliau turut menegur Naim kerana mencampuri urusan pentadbiran negeri.

Setiausaha Agung BN Zambry Abd Kadir mengumumkan peletakan jawatan itu pada 16 Nov. Bagaimanapun, istana sehari kemudian memaklumkan pihaknya belum mengesahkan kesahihan surat berkenaan, selain menjelaskan peletakan jawatan itu tertakluk kepada perkenan baginda.

Ismail kekal sebagai menteri besar selepas menghadap Yang DiPertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sehari kemudiannya.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.

Zaharuddin berkata dakwaan Naim memerlukan penjelasan daripada kepimpinan pusat Umno.

“Jika beliau hanya melaksanakan arahan, kepimpinan mesti menjelaskan siapa yang membuat keputusan dan siapa yang patut bertanggungjawab.”

Beliau berkata tidak wajar pemimpin parti hanya berkongsi pujian ketika semuanya berjalan lancar, tetapi dipersalahkan sepenuhnya apabila timbul masalah.

Zaharuddin berkata cara isu peletakan jawatan itu dikendalikan turut menimbulkan persoalan sama ada keputusan politik telah mengetepikan tatacara perlembagaan yang sepatutnya dipatuhi.

Menurutnya, kuasa parti terhadap ahlinya tidak boleh menggantikan tatacara perlembagaan dalam urusan pelantikan dan pengunduran seseorang menteri besar.

“Istana bukan pejabat setiausaha agung parti, dan perkenan diraja bukan sekadar formaliti untuk mengesahkan keputusan politik yang sudah diumumkan,” katanya.

Pertikaian dengan istana berpunca daripada tindakan Ismail pada September menyokong kenyataan barisan exco negeri yang baru mengangkat sumpah. Kenyataan itu mendakwa Tuanku Muhriz telah diturunkan takhta.

Susulan tindakan itu, baginda membatalkan pelantikan kesemua 10 ahli exco.

Pada 18 Nov, Zambry meminta supaya proses berkenaan diberi ruang untuk berjalan, sambil berkata: “Saya tidak mahu membuat sebarang kenyataan yang mungkin disalah tafsir lagi.”

Zaharuddin berkata Ismail perlu diberi ruang menjelaskan pendiriannya, namun menyifatkan peletakan jawatan itu sebagai sukarela tidak melepaskan kepimpinan parti daripada tanggungjawab menjelaskan pengumuman berkenaan.

“Kenyataan presiden sahaja tidak memadai tanpa ketelusan,” katanya.

Beliau memberi amaran keputusan Majlis Tertinggi Umno yang dianggap tidak adil boleh menimbulkan kekecewaan dalam kalangan pemimpin akar umbi parti.

“Yang lebih berbahaya bagi Umno bukan kehilangan seorang menteri besar, tetapi risiko kehilangan kepercayaan pemimpinnya sendiri,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.