CNN TürkTÜRKİYE - BELÇİKA MAÇI NE ZAMAN? Milli maç nerede, hangi stadyumda oynanacak? Belçika-Türkiye maçı tarihi, saati ve canlı yayın bilgileri...ESPNPadres pummel Cubs behind Tatis' leadoff blast, King's no-hit bid in Game 1PunchUS man freed after 41 years on death row as DNA clears himBollywood HungamaVimal Elaichi row: FDA commissioner says Shah Rukh Khan, Ajay Devgn, and Tiger Shroff have responded to notice; two hearings heldDaily MaverickCHANGE MAKER: Health and hope thrive in a hydroponic garden on a rooftop in HillbrowESPN DeportesRevive las emociones del día 1 de la Ronda de Comodines en MLBSözcüTürkiye'nin dev santrali iflasını istedi!The Jerusalem PostSuspected security incident on Dubai-Tel Aviv flight, authorities investigatingيورونيوزحصري: ألمانيا تحمي أجزاء من "دويتشه بورزه" من رقابة الاتحاد الأوروبيХабрКак мы создали ИИ-агент для дизайн-системыVanguardGTCO records N603bn profit, proposes N1 dividendTagesschauUkrainische Behörden melden mehrere Tote durch Angriffe auf Kiew
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, September 30, 2026

Krisis NS: Jangan sampai lumpuhkan pentadbiran, susahkan rakyat, kata PKR

Translate

Kemelut institusi dan pentadbiran di Negeri Sembilan perlu segera diselesaikan bagi mengelakkan urusan rakyat serta kegiatan ekonomi negeri terjejas, kata PKR Negeri Sembilan.

Dalam kenyataan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Negeri Sembilan malam tadi, parti itu berkata ketidaktentuan berpanjangan bukan sahaja membabitkan persoalan Perlembagaan dan institusi diraja, malah boleh menjejaskan kelangsungan pentadbiran negeri.

Katanya, urusan berkaitan pelaburan, pembangunan, kelulusan dan pindah milik tanah serta pelaksanaan projek berpotensi terjejas.

“Keadaan ini boleh menjejaskan keyakinan pelabur, menyukarkan urusan pemilik tanah dan peniaga, selain memberi kesan kepada peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat,” katanya.

PKR Negeri Sembilan berkata ketidaktentuan berkaitan kedudukan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) juga berpotensi melambatkan urusan penting pentadbiran.

Parti itu turut mempersoalkan status pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta ahli majlis yang didakwa masih tergantung.

“JPKK dan ahli majlis merupakan penghubung penting antara kerajaan dengan rakyat di peringkat akar umbi.

“Sekiranya pelantikan dan fungsi institusi ini terus tergantung, penduduk kampung dan komuniti setempat berisiko kehilangan saluran perwakilan serta penyelarasan yang berkesan,” katanya.

Menurut PKR Negeri Sembilan, keadaan semasa juga boleh menimbulkan persepsi bahawa kerajaan negeri tidak berfungsi dengan berkesan akibat pertikaian yang berpanjangan.

Katanya, walaupun penjawat awam masih bertanggungjawab meneruskan tugas, ketidaktentuan dalam kepimpinan dan proses membuat keputusan boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penjawat awam, pelabur, pihak berkuasa tempatan dan rakyat.

Sementara itu, PKR Negeri Sembilan menzahirkan kekecewaan terhadap tindakan dan pendirian Menteri Besar Ismail Lasim yang didakwanya tidak selari dengan titah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Kemelut pentadbiran negeri itu memuncak selepas Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) berkuat kuasa 20 September.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.