CNN TürkABD üssünde gece yarısı gelen ihbar neydi? | 85 hane boşaltıldıPunchMessi scores 76th free-kick goal, moves within two of all-time recordThe Jerusalem PostIran suspected in bomb plot against RAF base used by US Air Force, UK police investigating - reportInquirerITCZ to bring rains, thunderstorms to Visayas, Mindanao on MondayESPNPayton: Broncos can't keep relying on comebacksBollywood HungamaEXCLUSIVE: Srikanth makers Tushar Hiranandani and Nidhi Parmar Hiranandani announce Ragda 25; film based on Indian Army’s first experimental batch of 25 womenESPN Deportes'Chino' Huerta sufre amargo regreso a CUDaily MaverickBOOK REVIEW: Half Lives — Exploring intimate-partner violence and migration with nuanced sensitivity한겨레보금자리론, 부부 중 1인 소득 7천만원 이하면 신청 가능해진다SözcüAKP’li Kaya’nın malvarlığı araştırılacak mı?النهارصياغة الصمتThe Japan TimesNGO recruiting four-legged ‘specialist’ to help deal with bear incidents
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, September 28, 2026

Lelaki didakwa bunuh anak saudara 5 tahun

Translate

Penebar roti canai didakwa di Mahkamah Majistret Kota Tinggi kerana membunuh anak saudaranya berusia lima tahun, minggu lalu.

Abadi Mohd Yasro, 37, mengakui faham susulan pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Najihah Hamidi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. Sekiranya tidak dihukum mati, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 40 tahun dan dikenakan 12 sebatan.

Namun, tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, lapor Berita Harian.

Mengikut kertas pertuduhan, Abadi didakwa membunuh Puteri Nur Afiyah Qalesya Mustafa, di Sungai Sedili Besar, Kota Tinggi sekitar 8.20 pagi, 21 Sept.

Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nuraini Mohd Shapee, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 26 Nov ini untuk kes disebut semula kes bagi mendapatkan tarikh pemeriksaan kesihatan di Hospital Permai Johor Bahru dan laporan forensik.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.