CNN TürkAK Parti Sözcüsü Ömer Çelik: Nefret söylemini kökten reddediyoruzDaily MaverickThe baboons are doomed, and welfare groups just missed the last chance to save themThe Jerusalem PostMumbai suspect arrested for gathering intelligence on Chabad House for foreign handlersPunchPolice probe claims of extortion by unidentified officers in ImoInquirerTaal Volcano records spike in quakes after days of low activitySky TG24Guerra Ucraina, Zelensky: proposta Usa di cedere Donbass in cambio adesione Nato. LIVEZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFالنهار"إنسايد غزة" يفوز بجائزة أفضل فيلم وثائقي في مهرجان سينيمانياMyJoyOnlineRichard Asiedu calls for probe into NDC Central Regional polls over alleged irregularitiesDaily MailJeff Brazier's ex-wife Kate Dwyer goes public with new relationship one year after split and says he 'made me believe in everything again'MintGuwahati-bound IndiGo flight returns to Pune due to technical snag; all passengers safe — Here's all you need to knowHabertürkCOP31'de ‘Yarına Müzikal Bir Yolculuk’ konseri
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 15, 2026

Anwar gesa Asean pelbagai sumber bekalan makanan, ubatan

Translate

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa negara anggota Asean mempelbagaikan sumber makanan dan ubat-ubatan, selain memperkukuh keupayaan pengeluaran serantau bagi mengurangkan kebergantungan pada pembekal luar susulan ketidaktentuan global yang semakin meningkat.

Beliau berkata gangguan global sejak kebelakangan ini mendedahkan risiko kebergantungan pada jumlah pembekal yang terhad bagi barangan keperluan, sekali gus memperlihatkan keperluan untuk meningkatkan kerjasama serantau bagi menjamin rantaian bekalan.

Menerusi intervensi pada sesi pleno Sidang Kemuncak Asean ke-49, Anwar berkata negara anggota perlu meningkatkan perdagangan intraserantau bagi input pertanian termasuk baja, benih dan makanan ternakan, di samping memastikan pergerakan bekalan keperluan merentas sempadan tidak terganggu ketika krisis.

“Tiada perkara yang lebih mendesak daripada soal makanan dan ubat-ubatan, iaitu keperluan asas yang tidak boleh dipisahkan daripada rakyat kita.

“Memperkukuh keterjaminan makanan serantau perlu bermula dengan baja, benih dan makanan ternakan, yang sebahagian besarnya kita peroleh dari luar rantau ini.

“Asean perlu memperkukuh daya tahan merentasi keseluruhan rantaian ini dengan meningkatkan perdagangan input berkenaan sesama kita, memastikan makanan asas dan input pertanian penting terus mengalir melalui laluan hijau yang dipercayai ketika krisis, dan mengoptimumkan rizab serantau secara kolektif seperti Simpanan Beras Kecemasan Asean Campur Tiga,” kata beliau.

Berhubung ubat-ubatan, Anwar menggesa negara Asean mengiktiraf kelulusan kawal selia antara satu sama lain, menggabungkan kuasa pembelian dan stok simpanan serta meluaskan pengeluaran serantau bagi ubat-ubatan dan vaksin.

Beliau berkata pandemik COVID-19 telah membuktikan betapa pantas rantaian bekalan mampu terjejas semasa krisis.

“Kita tidak boleh berasa selesa – perubahan iklim dan kemerosotan alam sekitar menjadikan risiko kemunculan pandemik pada masa depan sebagai satu kemungkinan berdasarkan kebarangkalian statistik.

“Asean mesti melipatgandakan usaha meningkatkan akses kepada ubat-ubatan melalui pengiktirafan bersama kelulusan kawal selia, penggabungan kuasa pembelian dan stok simpanan, serta membina keupayaan serantau untuk ubat-ubatan penting dan vaksin,” kata beliau.

Mengenai tenaga, Anwar berkata Grid Kuasa Asean (APG) kekal sebagai keutamaan strategik penting blok berkenaan.

Beliau menggesa Asean supaya mempercepat usaha berkaitan grid tersebut, sambil menyatakan bahawa grid kuasa nasional tidak dapat lagi beroperasi secara berasingan ketika keperluan tenaga serantau diunjurkan meningkat empat kali ganda menjelang 2060.

“Mempercepat APG mengubah kelemahan individu menjadi kekuatan kolektif, membuka peluang perkongsian tenaga boleh baharu rentas sempadan dan menjamin masa depan tenaga yang mampu milik dan terjamin untuk rakyat kita,” kata beliau.

Berkaitan ekonomi digital, Anwar menyambut baik pemeteraian Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital Asean (DEFA), yang menurut beliau dapat membantu menggandakan saiz ekonomi digital rantau ini kepada USD2 trilion menjelang 2030.

“Namun, memandangkan AI (kecerdasan buatan) semakin membentuk landskap ekonomi dan keselamatan global, pembangunan serta tadbir urusnya tidak seharusnya ditentukan oleh kepentingan komersial segelintir syarikat teknologi global,” kata beliau.

Sehubungan dengan itu, Anwar menggesa negara anggota Asean supaya memperkukuh keupayaan teknologi bersama, melindungi kedaulatan data dan mewujudkan rangka kerja tadbir urus yang menjunjung ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Sidang kemuncak itu berlangsung dari 15 hingga 17 Nov di bawah kepengerusian Filipina dengan tema ‘Navigating Our Future, Together’.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.