CNN TürkHAVA DURUMU TAHMİNLERİ: 9 Ekim havalar nasıl olacak, yağmur yağacak mı? Meteoroloji'den 5 ile son dakika sağanak uyarısı!PunchNigerian states’ revenues rise 93%, but education spending drops — World BankESPNBuccaneers explode in third quarter in win over CowboysInquirerLPA forms outside PAR, unlikely to develop into cyclone — PagasaBollywood HungamaNana Patekar cremated at Pune farmhouse with Full State Honours; son Malhar Patekar performs last ritesDaily MaverickWHAT WE’RE WATCHING: Coyote vs. Acme — The Looney Tunes comeback taking cartoon chaos to the courtroomESPN DeportesBuccaneers se roban la victoria en Dallas한겨레[포토] 처음 만나는 새가족…에이브러햄 링컴함 300여일 임무마치고 귀환ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFThe Sydney Morning HeraldWhat it will cost to score public access to the ‘invitation only’ Birdcage marqueesSözcüBinlerce kasa Bulgaristan'dan yola çıktı: Türkiye'ye geri geliyorIl Fatto QuotidianoUsa, l’annuncio del Pentagono: “La fucilazione dell’autore della strage di Fort Hood sarà trasmessa in diretta streaming”
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 9, 2026

7 negeri, Wilayah Persekutuan tangguh sambutan Hari Sukan Negara akibat jerebu

Translate

Penangguhan itu membabitkan Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka.

PETALING JAYA:

Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 yang dijadualkan berlangsung esok ditangguhkan di tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan akibat jerebu.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkata, keputusan itu susulan perbincangan terperinci dengan agensi kerajaan berkaitan mengambil kira aspek kesihatan awam serta keselamatan semua pihak terbabit.

KBS berkata, ia sentiasa memantau dengan teliti perkembangan kualiti udara dan keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan dalam negara.

Sambutan Hari Sukan Negara 2026 peringkat kebangsaan yang dijadualkan berlangsung esok di Bukit Jalil ditangguhkan sehingga tarikh baharu diumumkan kelak.

“Tarikh baharu penganjuran akan diumumkan kelak, tertakluk kepada pemulihan kualiti udara ke tahap selamat bagi aktiviti luar,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, penangguhan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan kepada peserta, penganjur dan orang ramai.

KBS memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas pemahaman serta kerjasama diberikan.

Penangguhan itu membabitkan Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Tetapi, sambutan HSN di Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis, Perak, Sarawak dan Labuan diteruskan mengikut seperti dirancang.

Katanya, sambutan di peringkat negeri dan acara lain akan tertakluk kepada keadaan setempat serta keputusan pihak pentadbiran negeri masing-masing.

KBS menyeru rakyat mengehadkan aktiviti fizikal di luar rumah buat masa ini dan mematuhi nasihat serta garis panduan kesihatan dikeluarkan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.