PunchSinger Ed Sheeran returns to stage after boycott calls, Palestine rowESPNOregon wins in 84-0 rout despite missing 2 key players on offenseוואלהרוכב אופניים בן 54 נפצע באורח קשה בתאונה עצמית בכביש 44The Jerusalem PostGemini hacked three companies in first known breakout by Google's AICNN TürkHava Durumu (19-09-2026)Bollywood HungamaCONFIRMED: Ajay Devgn-starrer Ranger pushed to 2027; WON’T clash with Akshay Kumar-Vidya Balan’s comic caper, EethaSözcüTarlasında hazine buldu, servet sahibi olduХабр[Перевод] Протез для силы воли или харнесс для думскроллингаDaily MailPolice jail Freya The Ice Queen: Brothel boss trafficked Thai women thousands of miles to the UK and forced them into sex trade across the south-east to pay off five-figure debtsEuronewsMacron heading to Saint Pierre and Miquelon to meet with Canadian PM CarneyGuardian SportPolice on high alert before Millwall v West Ham, Spurs and Villa face crunch clash – matchday liveEgypt IndependentIran war has cost $45.1 billion, Pentagon tells Congress
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, September 19, 2026

Cuba bergelap lagi

Translate

Grid elektrik nasional Cuba terputus sepenuhnya pada Jumaat menyebabkan seluruh negara bergelap ketika berdepan krisis tenaga, menurut Kesatuan Elektrik Cuba (UNE), lapor Anadolu Ajansi.

“Sistem Elektrik Nasional mengalami gangguan sepenuhnya. Protokol pemulihan sedang diaktifkan,” kata UNE menerusi platform X.

Syarikat utiliti itu memaklumkan siasatan segera sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca gangguan dan perkembangan usaha memulihkan sistem akan dikemas kini.

Ini gangguan terbaharu dalam siri kegagalan bekalan elektrik di seluruh Cuba tahun ini, ketika infrastruktur tenaga negara itu yang semakin usang berdepan kekurangan bahan api dan kapasiti penjanaan terhad.

Cuba mengalami beberapa gangguan bekalan elektrik di seluruh negara Julai lalu, selain satu lagi gangguan besar pada 2 Ogos lepas, menurut pihak berkuasa dan laporan media antarabangsa.

Gangguan pada Jumaat kejadian terbaharu yang menyaksikan grid elektrik nasional negara itu lumpuh sepenuhnya.

Ia berlaku selepas kekurangan bekalan elektrik berpanjangan di Havana dan beberapa kawasan lain, dengan sesetengah bahagian ibu negara dilaporkan mengalami gangguan melebihi 30 jam sejak beberapa minggu ini.

Sistem tenaga Cuba terjejas akibat keadaan loji janakuasa terma semakin merosot, kekurangan bahan api serta kesukaran mengekalkan kapasiti penjanaan elektrik.

Kementerian Tenaga dan Galian sebelum ini mengaitkan gangguan bekalan elektrik dengan gabungan faktor infrastruktur semakin usang, kekurangan bahan api dan masalah dalam sistem penjanaan elektrik.

Sumber tenaga boleh baharu membantu menambah kapasiti penjanaan, namun loji janakuasa terma masih menjadi komponen utama sistem bekalan elektrik Cuba.

Kerajaan Cuba menyalahkan langkah dan sekatan Amerika Syarikat yang menjejaskan bekalan bahan api sebagai faktor memburukkan krisis tenaga, manakala Washington pula mengaitkan masalah ekonomi dan infrastruktur negara itu dengan dasar kerajaan Cuba.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.