The Jerusalem PostIDF releases Sinwar letter encouraging Oct. 7 terrorists to plan broadcast of massacre footagePunchThree arrested over Osun resident’s murder, weapons recoveredESPNBrewers sweep Dodgers in NLCS, advance to 1st World Series in 44 yearsInquirerBIR updates 2010 tax rules on shared drug discounts for seniorsDaily MaverickEroding purchasing power deepens pressures on ordinary South Africans한겨레‘재정 빨대’ 발언 추미애 지사, 부천 화재 현장서 “용기와 헌신에 감사…치료에 만전”ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFCNN TürkHava Durumu (16-10-2026)کیهان لندنسرمقاله؛ ملت ایران به زودی ریشه‌ی بحران‌ها را خواهد سوزاندDeadline‘Street Fighter’ Punches $4M In U.S. Previews, ‘You Can See Everything’ $2M – Box Office Update7sur7Vandenbroucke veut limiter les flexi-jobs pour les malades de longue duréeRMF24Poranne kłopoty pasażerów w Krakowie. W centrum miasta wykoleił się tramwaj
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 16, 2026

Adun PH N Sembilan kesal sidang DUN tangguh

Translate

11 Adun Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan meluahkan rasa kesal apabila persidangan perasmian penggal pertama DUN negeri yang sepatutnya bermula hari ini ditangguhkan tanpa sebarang pemakluman rasmi mahupun surat bertulis.

Ketua Pembangkang Negeri Sembilan, J Arul Kumar berkata semakan di portal rasmi e-Dewan sehingga pagi ini masih memaparkan jadual persidangan berlangsung selama lima hari bermula 16 hingga 22 Okt 2026.

“Hari ini sepatutnya hari pertama persidangan, tetapi apabila kita hadir, tiada persidangan dilaksanakan.

“Kita tidak dimaklumkan berkaitan dengan penangguhan ini sama ada secara bertulis mahupun menerusi e-Dewan,” kata Adun Nilai itu dalam sidang media di luar Wisma Negeri di Seremban.

Menurutnya, penangguhan acara penting seperti perasmian persidangan DUN tidak sepatutnya dimaklumkan menerusi sidang media menteri besar semata-mata, sebaliknya perlu mengikut saluran dan prosedur rasmi.

“Sebagai Adun, DUN adalah satu-satunya ruang untuk kita membawa masalah rakyat dan mendapatkan jawapan rasmi daripada kerajaan negeri memandangkan kita tidak dijemput ke mesyuarat di peringkat daerah atau negeri,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau mempersoalkan sama ada penangguhan persidangan itu mempunyai kaitan dengan ketiadaan barisan exco yang berfungsi selepas 76 hari pilihan raya berlalu.

Katanya, situasi semasa memperlihatkan pentadbiran seolah-olah beroperasi secara ‘one-man show’ di mana seluruh beban pentadbiran dan portfolio dipikul oleh menteri besar seorang.

“Tanpa 10 Exco, adakah menteri besar seorang mampu menjawab soalan daripada 35 Adun dari pagi sampai petang? Sudah tentu jawapan yang diberikan tidak berkualiti kerana tiada Exco khusus mengikut portfolio untuk menjawab soalan yang dibangkitkan.

“Ini bukan isu politik kerana kerajaan ada majoriti 25 kerusi DUN. Pentadbiran boleh dijalankan dengan baik jika isu ini diselesaikan segera demi kepentingan rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan negeri supaya mengeluar makluman rasmi berhubung penangguhan tersebut serta memanggil semula persidangan DUN dengan kadar segera tanpa perlu menunggu sesi belanjawan negeri.

8 Okt lalu, Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim dilaporkan berkata persidangan DUN itu ditangguhkan ke penghujung bulan depan, dengan pembentangan belanjawan negeri dijangka berlangsung pada 27 Nov.

Katanya, penangguhan itu dibuat berikutan kekangan masa selain kerajaan negeri ketika ini memberi keutamaan kepada penyediaan belanjawan yang mengambil kira keperluan negeri dan rakyat.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.