ESPN DeportesCeltics dejan a Knicks con su segunda derrota en filaThe Jerusalem PostPrehistoric hunter-gatherers stayed connected across 200 kilometers, Israeli study findsESPNWhat's next for the Indiana Fever after front office departures?ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDF한겨레나사, 2027년 달 착륙 예행연습…사상 첫 3대 우주선 발사ColliderOne of Disney’s Best Movies in Recent Years Isn’t Getting a SequelUOLLula diz que Flávio não gosta do Nordeste; senador diz que será 'carioca mais nordestino'SDP EspectáculosEse Pérez responde a las críticas por el millón de pesos que le regaló Eduin CazRai NewsThe Voice Senior, Arisa-Concato da brividi, coach a caccia dei talenti migliori매일경제“일본여행 환전 더 기다려, 말아?”…日 금리 인상만 봐선 안 되는 이유CBS NewsThune campaigns with Ashley Hinson as Senate GOP zeroes in on IowaLenta.ruМинобрнауки определило минимальные баллы ЕГЭ для поступления в вузы в 2027/2028 учебном году. Какие изменения ждут абитуриентов?
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 24, 2026

Antara bagi duit dan kail

Translate

Mohsin Abdullah

Saya petik laporan Berita Harian siaran 22 Okt lalu mengenai ucapan Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ahli Parlimen PAS bagi Pasir Putih, yakni ketika beliau membahas Rang Undang-undang Perbekalan 2027 di Parlimen. Beliau gesa kerajaan kurangkan pemberian bantuan tunai dan beri lebih tumpuan kepada usaha memperkasakan rakyat supaya mampu menjana pendapatan sendiri untuk jangka panjang. Ada yang saya setuju, dan ada tidak.

Kata Zawawi, kerajaan perlu mendidik rakyat supaya berusaha mencipta peluang dan bekerja untuk meningkatkan kehidupan. Bagi saya, rakyat tidak perlu diajar oleh kerajaan. Tidak perlu kerajaan berkhutbah menggesa rakyat ‘cipta peluang’ dan ‘kerja’ untuk tingkatkan tahap kehidupan, sebab sememangnya rakyat terutama golongan miskin tahu itu semua. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan untuk survive dan tingkatkan kehidupan.

That’s what they have been doing all this while.

Sememangnya rakyat sentiasa bekerja (dengan keras) serta mencari dan mengintai peluang untuk senang dan menikmati lebih kesenangan. They don’t need the government to lecture or teach what they have to do to improve their livelihood.

Berkata lagi Zawawi: “kalau kita ada peruntukan, rakyat kita bagi ‘kail’, jangan kita bagi ‘ikan'”. Umum faham yang dimaksudkan beliau. Benar ada pepatah Inggeris, “give a man a fish and you feed him for a day, teach a man to fish and you feed him for a lifetime”.

Comedian terkenal, Trevor Noah, menambah “and it would be nice if you gave him a fishing rod”. Zawawi got it right on this. Berikan ‘kail’ kepada rakyat bagi membolehkan mereka mendapat ‘ikan’ buat selama-lamanya.

Namun dalam menyatakan beri rakyat ‘kail’, Zawawi juga berkata, “kalau kita bagi subsidi, kita bagi ‘ikan’, dia mengajar rakyat ini malas”. Maksudnya beliau menyamakan pemberian subsidi dengan pemberian ‘ikan’, dan buat rakyat malas. Ini pelik dan saya tidak setuju.

Bagaimana ‘subsidi’ boleh dikaitkan dengan ‘malas’? Subsidi ke atas barangan keperluan misalnya ialah bagi meringankan beban rakyat untuk memiliki barangan berkenaan, membolehkan rakyat mampu beli apa yang mereka perlu. Rakyat masih perlu bekerja untuk mendapat duit untuk membeli barangan yang disubsidi. Kata kuncinya ‘beli’, bukan percuma.

Walaupun barang dibeli pada harga lebih rendah daripada harga asal tanpa subsidi, tetapi hakikatnya kena beli. Untuk beli perlu duit. Untuk dapat duit, rakyat perlu bekerja. Jadi apabila rakyat bekerja, mereka bukan malas. Maka tidak adil dan tidak betul untuk kata subsidi buat rakyat malas. Jika ada pihak yang risau mengenai subsidi, it’s the government kerana subsidi boleh membebankan.

Seterusnya Zawawi dipetik berkata: “kalau kita bagi duit, kalau dia boleh guna seminggu, seminggu habis”. Money is meant to be spent. Kalau duit digunakan untuk beli barangan keperluan atau perbelanjaan penting seperti tambang anak ke sekolah dan buku tambahan maka tidak ada dosanya duit habis dalam seminggu. Mereka bukan joli sehingga duit habis.

Zawawi juga berkata: “tapi kalau kita bagi periuk, kuali, kita bagi mesin, kita bagi alat, dia boleh gunakan alat ini bertahun-tahun dan mungkin dia boleh bangkit dengan baik”. Betul kata-kata itu. Bagaimanapun apa yang boleh dilakukan dengan kuali, periuk, mesin tanpa bahan memasak misalnya?

Bagaimana mahu perolehi bahan-bahan itu? Pastinya terpaksa dibeli. Macam mana mahu beli? Perlu duit. Ertinya bantuan duit tetap diperlukan untuk beri si penerima kuali, periuk dan mesin a head start. Perlu diingat juga keluar rumah untuk pergi kerja pun memerlukan duit. Nothing is free, my friend, apa lagi pada zaman ini.

Untuk berlaku adil, perlu dinyatakan Zawawi tidak menafikan terdapat golongan memerlukan bantuan kewangan termasuk ibu tunggal, yang mempunyai ramai anak dan sukar bekerja selain golongan sakit serta orang kurang upaya. This is stating the obvious.

Artikel ini ialah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.