The Jerusalem PostAt least 24 injured in Bnei Brak nursing home fire, two in serious, unstable conditionESPN DeportesEN VIVO: Cubs y Padres bajan el telón del segundo día de Series de ComodínESPNYankees sweep Red Sox with ALWC Game 2 routPunchFG builds new control centre to strengthen power gridSeeking AlphaMicron expects fiscal Q1 revenue of $61.5B ±$1.5B as it raises fiscal 2027 CapEx plans amid tighter 2027-2028 supply-demandInvesting.comمديرة مالية في Linkhome تتخلص من أسهم بقيمة 45,000 دولارInvesting.com¿Por qué sube hoy la acción de Kioxia?Investing.comPourquoi l’action Kioxia est-elle en hausse aujourd’hui ?ColliderKeanu Reeves’ Disastrous Sci-Fi Remake Officially Returns as a Streaming Hitynet ספורטייאלץ לפרוש מהנבחרת? העונש הכבד שעשוי לספוג רונאלדוThe Straits TimesNuclear fusion can create economic opportunity for Singapore: Tan See LengVanguardNIGERIA @ 66: Judiciary – Last or lost hope of common man?
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 1, 2026

Pengampunan bersyarat Najib tak padam sabitan mahkamah, Umno diberitahu

Translate

Umno perlu membezakan sokongan terhadap pengampunan bersyarat Najib Razak dengan sabitan mahkamah terhadap bekas perdana menteri itu, kata penganalisis.

Mereka berkata simpati terhadap bekas presiden Umno itu tidak seharusnya mengaburkan keputusan mahkamah atau persoalan tanggungjawab politik parti berkenaan terhadap kelemahan semak imbang ketika menerajui kerajaan.

Tawfik Yaakub

Tawfik Yaakub.

Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya berkata Umno berhak menyokong pengampunan Najib atas dasar perlembagaan dan kemanusiaan, tetapi sokongan itu tidak boleh digambarkan sebagai menafikan sabitan mahkamah.

“Umno boleh menyokong pengampunan Najib sebagai suatu proses perlembagaan dan kemanusiaan, tetapi tidak wajar menggambarkannya sebagai penghapusan atau penafian terhadap sabitan mahkamah,” katanya kepada FMT.

Menurutnya, sokongan terhadap Najib sebagai individu juga tidak sepatutnya berubah menjadi pembelaan terhadap salah guna kuasa atau penyelewengan.

Najib dipenjarakan sejak Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya atas kesalahan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana SRC International.

Pada 18 Sept, beliau diberikan pengampunan bersyarat yang membolehkannya menjalani baki hukuman secara tahanan rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta dan syarat ditetapkan.

Umno kemudian mengumumkan penubuhan tabung bagi membantu bekas presidennya membayar denda berkenaan, dengan pemimpin, ahli dan penyokong parti digalak menyumbang secara sukarela.

Tawfik berkata persoalannya bukan sekadar sama ada sumbangan itu dibuat secara sukarela, sebaliknya Umno juga perlu menunjukkan keprihatinan terhadap kesan kes berkenaan kepada rakyat dan reputasi negara.

Katanya, parti itu perlu menjelaskan bahawa tiada dana awam digunakan, manakala usaha mendapatkan semula aset, tuntutan ganti rugi dan pembaharuan tadbir urus harus diteruskan.

“Pada peringkat parti, Umno tidak semestinya memikul kesalahan individu secara automatik.

“Namun sebagai parti menerajui kerajaan ketika skandal itu berlaku, Umno perlu membuat pengakuan politik dan moral bahawa kelemahan semak imbang ketika itu tidak boleh berulang,” katanya.

Tawfik berkata antara pembaharuan yang perlu diberi perhatian ialah penguatkuasaan bebas, ketelusan pembiayaan politik, pengisytiharan aset dan pengawasan lebih ketat terhadap syarikat berkaitan kerajaan.

Katanya, pemisahan yang jelas antara kepentingan parti, kerajaan dan institusi negara juga penting bagi mengelakkan masalah sama berulang.

Sementara itu, Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berpandangan Umno tidak banyak berubah dari segi budaya dan urus tadbir sejak kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRU14.

“Budaya dan urus tadbir parti itu masih gaya lama,” katanya.

mazlan ali

Mazlan Ali.

Bagaimanapun, Mazlan berkata kedudukan Umno dalam kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim sedikit sebanyak memaksa parti itu menyesuaikan diri dengan persekitaran politik yang lebih menekankan ketelusan dan integriti.

Beliau berkata isu Najib turut memperlihatkan perbezaan persepsi antara sebahagian penyokong Umno dengan kelompok pengundi lain.

Menurutnya, sebahagian orang Melayu luar bandar, peneroka Felda serta ahli dan penyokong Umno melihat bantuan kepada Najib, termasuk sumbangan solidariti, dari sudut kemanusiaan.

Sebaliknya, katanya, sebahagian pengundi Melayu bandar, kelas menengah dan bukan Melayu melihat hukuman terhadap Najib sebagai soal pertanggungjawaban terhadap kesalahan yang diputuskan mahkamah.

Mazlan berkata setakat pengetahuannya, Khairy Jamaluddin antara segelintir tokoh berprofil tinggi Umno yang secara terbuka mengakui kesalahan serta kesan buruk kes itu terhadap negara.

Namun beliau mendakwa kebanyakan pemimpin lain masih membela Najib dan melihatnya sebagai mangsa.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.