ESPN DeportesPackers consiguieron triunfo claro ante CowboysInquirerInquirer report on PH debt wins CMMAESPNPackers use third-down conversions, takeaways to frustrate struggling CowboysPunchSERAP sues INEC over N126bn electoral fundsDaily MaverickKenya confirms eighth Ebola case as regional outbreak spreads한겨레‘소방은 재정 빨대’ 논란…개그맨, 추미애 지사에 ‘빨대 250개’ 배송 풍자CNN TürkArda Güler'den nefis gol! Real Madrid - Sevilla Maç ÖzetiZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioVanguardFG turns to bonds to tackle N6trn debtSözcüİki şehir arasındaki mesafe 5 saat düşüyor: 1 saat 45 dakika olacakالنهارالحرس الثوري الإيراني: حريقٌ على متن ناقلة نفطٍ جرّاء اصطدامها بلغمٍ بحري경향신문‘학폭 가해자인 줄 알고’···흉기 지닌 채 처음 본 사람 뒤따라간 40대 긴급체포
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 19, 2026

Pemimpin Umno sambut dingin Wawasan mahu tanding Sungai Udang, Bemban

Translate

Dua pemimpin Umno menyambut dingin hasrat Wawasan untuk pertahan DUN Sungai Udang dan Bemban, merujuk status semasa Perikatan Nasional (PN) selain kemenangan tipisnya dua kerusi berkenaan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Nur Jazlan Mohamed, berkata ketika ini Umno hanya wajar berunding dengan PAS berhubung pembahagian kerusi memandangkan penggantungan PN oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

“Lebih afdal dan adil isu permintaan kerusi Wawasan dimuktamadkan secara dalaman, selari dengan konsep komponen PN, dan bukan dengan cara mendesak Umno yang menerajui Barisan Nasional (BN).

“BN hanya wajar berunding dengan PAS memandangkan kesahihan PN belum dimuktamadkan oleh JPPM,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Wawasan menegaskan hasrat mempertahankan Sungai Udang dan Bemban pada PRN Melaka, sama seperti Umno yang mahu mengekalkan 21 kerusi disandangnya.

Presiden Hamzah Zainudin, berkata partinya berhak bertanding di dua kerusi itu berdasarkan prinsip mempertahankan kawasan dimenangi penyandang.

Katanya, Wawasan tidak menolak keperluan menyusun semula pembahagian kerusi, namun rundingan perlu mengambil kira kepentingan semua pihak.

Sungai Udang sebelum ini disandang Dr Aleef Yusof, manakala Bemban disandang Dr Yadzil Yaakub. Keduanya bertanding atas tiket Bersatu pada PRN Melaka 2021 sebelum menyertai Wawasan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Wanita Umno Rosni Zahari, berkata pembahagian kerusi Sungai Udang dan Bemban perlu dinilai berdasarkan keadaan semasa serta kekuatan parti bertanding.

Beliau berkata, kemenangan majoriti tipis tidak semestinya menjamin penyandang mampu mengekalkan kerusi pada PRN kali ini.

“Sungai Udang dan Bemban masing-masing dimenangi dengan majoriti tipis, iaitu 530 dan 328 undi sahaja. Sekarang, Wawasan perlu mengambil kira perubahan parti dan sokongan pengundi,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.