PunchNo court ordered arrest of Araraume, Okorocha — GroupESPN DeportesChivas rescata el empate en el Clásico Tapatío ante AtlasCNN TürkSON DAKİKA | İstanbul'da hissedilen bir deprem oldu: AFAD'dan açıklamaThe Jerusalem Post'We will honor all our martyrs': Hundreds march through Toronto to mark three years since October 7한겨레‘수능 모의고사 문항 거래’ 징계 교사 176명…해임 등 중징계는 19명InquirerVillanueva: ‘Mafia, forces of darkness’ linked me to flood control messDaily MaverickTHE CONVERSATION: How pond algae led to a Nobel and new ways to study the brainSky TG24Svezia “on the road”, sulla costa del Bohuslän tra safari all’astice e festival della luceZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFESPNTakeaways: Guardians complete stunning comeback vs. White SoxMalay MailJPJ suspends Chery Omoda 5 approval, new registrations after rear axle incident in Johor Bahru7sur7“Une petite fille de 10 mois fait partie des victimes”: un tireur fait huit morts avant de se suicider
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 11, 2026

Beri Umno satu pertiga kerusi di negeri ditadbir PAS, kata Nur Jazlan

Translate

PAS wajar memperuntukkan satu pertiga kerusi di empat negeri ditadbirnya kepada Umno, jika dua parti itu mahu meneruskan kerjasama dalam pilihan raya akan datang, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata, PAS tidak perlu bertanding semua kerusi di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis kerana penguasaan dua pertiga kerusi sudah memadai. Katanya, majoriti dua pertiga yang dicapai BN di Johor pada 2022 berjaya meningkatkan keyakinan pelabur.

Beliau membandingkan keadaan itu dengan Terengganu yang disifatkannya kaya dengan sumber minyak, tetapi “tidak ada orang kata pelabur asing berduyun-duyun datang ke negeri itu”.

“Jadi, PAS perlu buat pertimbangan ini. Mereka tidak perlu 100% (bertanding semua kerusi), hanya perlu dua pertiga. Kalau mereka hendak kuat pun, jadi apa salahnya kalau satu pertiga kerusi itu diserahkan kepada rakan-rakan Umno di negeri-negeri tersebut.

“Baru nampak ada keyakinan dan juga kepercayaan kepada keikhlasan PAS sendiri dalam penyatuan Melayu ini,” katanya menurut Utusan Malaysia.

PAS memenangi semua 27 kerusi yang ditandinginya di Terengganu, 37 daripada 45 kerusi di Kelantan, 21 daripada 36 kerusi di Kedah dan sembilan kerusi di Perlis.

Umno dan PAS secara beransur-ansur memulihkan kerjasama politik mereka, bermula dengan persefahaman tidak rasmi untuk mengelakkan pertembungan kerusi di Johor, sebelum berkembang menjadi pakatan pilihan raya tidak rasmi di Negeri Sembilan.

Kedua-dua parti itu sedang membincangkan kemungkinan kerjasama pada PRN Melaka pada bulan depan. Pemimpin dua parti itu turut menghadiri perhimpunan agung masing-masing.

Menyentuh kebimbangan kerjasama dengan PAS mungkin menjauhkan pengundi Cina, Nur Jazlan berkata, Umno boleh memainkan peranan penting dalam melembutkan imej PAS di mata bukan Melayu.

“Masalah utama pengundi bukan Melayu dengan PAS ini adalah mereka tidak yakin bahawa mereka akan diberikan kebebasan untuk menjalani kehidupannya.

“Saya rasa orang PAS ini boleh jadi fleksibel juga. Tapi fleksibel mereka adalah dipengaruhi oleh kerjasama dengan Umno. Jadi, Umno main peranan besar dalam melembutkan imej PAS pada masa akan datang.”

Ketua Umno Pulai itu berkata, kajian sendirinya menunjukkan sokongan masyarakat Cina terhadap Umno di Johor kembali sekitar 20%, peningkatan dikaitkan dengan keyakinan terhadap cara kepimpinan negeri menguruskan ekonomi dan peluang pekerjaan.

“Pengundi bukan Melayu praktikal, terutama masyarakat Cina yang melihat jika parti politik boleh memberikan kehidupan dan kesejahteraan lebih baik, mereka akan memilih. Walaupun banyak prejudis yang telah dilekatkan kepada parti macam Umno dan juga parti macam PAS.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.