PunchVIDEO: Putin’s nuclear briefcase caught on camera in ChinaThe Jerusalem PostKahana must bring unity to Knesset through careful, patient action, not charging ahead - editorialInquirer Entertainment‘PBB’ housemate Calix Esguerra enjoys support of fellow pageant kingsInquirerCHR probes alleged rights violations in mass arrest of Asean protesters한겨레부전∼마산 복선전철 터널 붕괴 원인은 “허용치 20배 넘는 주입 압력”ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioComplete SportsFIFA Unveils NFF Normalisation CommitteeHet Laatste Nieuws“Het wachten meer dan waard”: ook BV’s vieren de release van langverwachte game ‘GTA VI’RapplerAs Meta bets big on Muse AI agent, early safety mishaps surfaceThe Sydney Morning HeraldAustralian cricket’s reputation on the brink of being reduced to ashesNDTVStock Market Today: Green Energy Stock In Focus After Rs 12.98 Crore Windfall. Should You Buy?TagesschauLiveblog zum APEC-Gipfel: ++ Trump und Putin beenden ihr Gespräch ++
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 19, 2026

Umno bakal hilang jawatan penyelaras DUN di Selangor susulan CSA Bersatu

Translate

Umno dijangka kehilangan jawatan penyelaras DUN di beberapa kawasan di Selangor selepas Bersatu memeterai perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) dengan pentadbiran Menteri Besar Amirudin Shari, menurut satu sumber.

Sumber daripada Bersatu itu berkata CSA berkenaan kini di peringkat akhir, dengan wakil rakyat komponen Perikatan Nasional (PN) itu akan kekal di bangku pembangkang dalam DUN negeri, tetapi diberikan ‘status wakil rakyat penyokong kerajaan’.

Sumber itu berkata wakil rakyat Bersatu kemudian akan dilantik menganggotai jawatankuasa majlis mesyuarat kerajaan negeri (MMKN), pejabat daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Semua penyelaras DUN Umno akan ditamatkan memandangkan semua Adun di kawasan Bersatu tidak diperlukan lagi. Penyelaras di kawasan PAS akan digantikan dengan penyelaras daripada Bersatu,” kata sumber itu kepada FMT.

Sumber itu menambah, kedudukan Adun Umno Rizam Ismai, dalam MMKN akan dibincangkan oleh pentadbiran negeri selepas CSA dimeterai.

FMT sudah menghubungi pejabat menteri besar Selangor Amirudin Shari untuk mendapatkan ulasan.

Penyelaras DUN hanya dilantik di kawasan yang dikuasai pembangkang bagi menyelaras dan menguruskan peruntukan pembangunan kerajaan negeri di kawasan berkenaan.

Ini kerana Adun pembangkang di Selangor tidak mendapat akses kepada peruntukan pembangunan DUN daripada kerajaan negeri.

Perkembangan ini berlaku ketika hubungan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) semakin tegang, khususnya selepas BN menjalin kerjasama dengan PN dalam PRN Negeri Sembilan dan Melaka.

Walaupun Bersatu merupakan komponen PN, parti itu dilihat semakin hampir meninggalkan gabungan yang diasaskannya susulan keretakan hubungan dengan PAS, yang mempengerusikan PN.

Bulan lalu, Amirudin berkata Adun Bersatu di Selangor akan memeterai CSA dengan pentadbirannya sebelum belanjawan negeri dibentangkan, dengan syarat-syarat perjanjian itu sedang dimuktamadkan.

Enam Ahli Parlimen Bersatu turut memeterai CSA dengan kerajaan persekutuan pimpinan PH, sekali gus membolehkan mereka mendapat akses kepada peruntukan pembangunan kawasan masing-masing.

DUN Selangor yang mempunyai 56 kerusi terdiri daripada 32 Adun PH, 11 Bersatu, 10 PAS dan dua Umno. Bagaimanapun, tidak semua Adun Bersatu sehaluan dengan kepimpinan semasa parti itu.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.