ESPN DeportesBroncos firman una segunda mitad de calidad y se llevan un juego dramáticoInquirer‘Frustrated astronaut’ Marcos meets Pinoy real dealESPNHufanga comes up with INT to seal Broncos' win over RamsThe Jerusalem PostHuckabee announces plan to break ground on permanent US Embassy in JerusalemDaily MaverickTaylor Swift lands top trophy at MTV’s Video Music AwardsSözcüHasar gördükçe kendini yeniden onarıyor: Ömrü 500 yıla kadar dayanıyorSouth China Morning PostXi–Trump body language, Thailand’s tourist backlash: 5 weekend reads you missedCumhuriyetMeteoroloji açıkladı: 28 Eylül 2026 hava durumu raporu... Bugün hava nasıl olacak?Capital FMPresident Ruto mourns Martha Karua’s father, Jackson KaruaAntara NewsRI minister appointed as International Assembly of Mosque Imams leaderMintSouth Korea-Ukraine ties sour over North Korean POW transfer: Why Seoul wants an apologyDaily MailVMAs 2026 best dressed! Taylor Swift dazzles in shimmering gown as she leads the red carpet fashion parade alongside leggy Paris Hilton and scantily clad JoJo
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, September 28, 2026

Perlumbaan menderhaka: Siapa paling durjana?

Translate

Negeri Sembilan adalah tanah yang berpaut pada adat sehinggakan urusan majlis perkahwinan pun begitu rumit. Namun, tiga bekas ketua luak dan seorang lagi ketua luak bertindak begitu meremehkan apa yang dikatakan sebagai penyingkiran seorang raja Melayu.

Memandangkan salah seorang daripada bekas ketua luak tersebut pernah berkhidmat sebagai kerani, mungkin kita boleh jadikan kerani sebagai perbandingan. Pemecatan seorang kerani tidak boleh dipermudahkan begitu sahaja, dan anda pastinya tidak boleh memecat mereka sesuka hati hanya kerana anda mempunyai masalah peribadi dengan kerani itu. Itu hanyalah perbandingan seorang kerani, tetapi kita sedang memperkatakan cubaan menyingkirkan seorang raja Melayu, dan pastinya seorang raja Melayu baharu tidak boleh dilantik melainkan dan sehingga takhta benar-benar kosong mengikut hukum Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, bukannya mengikut undang-undang rimba.

Justeru, amat membimbangkan apabila golongan ini tergamak menggerakkan gerakan haram menggulingkan seorang raja Melayu sah. Mereka tidak langsung berasa malu, malah bangga dengannya.

Pemesongan Adat Perpatih

Dan adakah segala tindakan haram yang biadap dan tidak bertamadun ini dilakukan atas alasan Adat Perpatih? Jadi, bersikap derhaka dan kurang ajar terhadap seorang raja Melayu sebahagian daripada Adat Perpatih? Adakah begitu?

Perasaan sebegitu sama persis dengan apa yang mungkin sedang dirasai sesetengah negara mengamalkan sistem raja berpelembagaan, di mana peralihan ke arah menjadi sebuah republik bukan lagi satu kemungkinan mustahil. Jauh di sudut hati, anda merasakan diri berhak sama ada untuk menerima atau menolak seseorang raja Melayu, seolah-olah anda yang memegang kuasa dan raja Melayu itu berada di bawah telunjuk anda — dilayan seolah-olah baginda tidak lagi mulia dan dihormati, sama seperti ahli politik yang berjiran dengan anda.

Dengan perkembangan ini, raja Melayu lain berhak merasa bimbang, bukankah begitu? Jika mereka fikir raja Melayu di Negeri Sembilan boleh diperkotak-katikkan sesuka hati, apa yang membuatkan anda yakin mereka akan berhenti di Negeri Sembilan sahaja?

Naungan politik yang berakar umbi

Bekas-bekas ketua luak ini juga merasakan diri mereka begitu berkuasa untuk melakukan apa sahaja kerana tiada siapa yang menghalang. Mereka bahkan merasakan diri mereka setaraf raja Melayu. Tidakkah mereka sedar kuasa yang dicanang itu sama sekali tidak mutlak? Ia satu amanah kepada ketua luak dalam kalangan orang kebanyakan, yang bersumberkan daripada anak waris dan luak, dan sepatutnya mewakili seluruh luak tersebut. Sebaik sahaja kepercayaan daripada luak itu hilang, anda bukan lagi pemegang jawatan, dan Dewan Keadilan dan Undang (DKU) sekadar memformalkan keputusan dibuat anak-anak waris dan luak.

Tetapi, apa yang paling menarik dalam semua ini ialah pihak yang memberikan talian hayat (life support) kepada pergerakan haram dan derhaka oleh tiga bekas ketua luak ini serta seorang lagi ketua luak ialah sebuah entiti politik. Mereka kelihatan begitu angkuh dan berasa berhak menyingkirkan raja Melayu ini tanpa sedikit pun rasa bersalah. Malah, semakin jelas kelihatan sekarang ini bukanlah satu langkah tersilap oleh entiti politik ini di peringkat negeri, tetapi sebaliknya pendirian rasmi mereka.

Tindakan menghina dan mengugut pegawai kanan persekutuan di peringkat negeri, serta secara aktif menyokong bekas luak ini nampaknya menjadi kaedah baharu mereka dalam memungkiri ikrar mereka kepada orang Melayu. Ramai juga dalam kalangan mereka yang mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan yang menghina raja Melayu di alam maya.

Mungkin mereka terlalu angkuh dengan kemenangan di Negeri Sembilan dan Johor. Mereka berasa sangat berkuasa dan mempunyai mandat untuk melakukan apa sahaja, termasuk cuba menggulingkan takhta seorang raja Melayu.

Pengkhianatan di Melaka

Harus ditegaskan pihak yang memberikan talian hayat sehingga ke tahap ini adalah individu ditabalkan secara haram di A’Famosa, Melaka — yang dengan rela hati membenarkan dirinya dijadikan alat percaturan kuasa, tergamak membawa perkara ini sejauh ini. Dan beliau kelihatannya berusaha bersungguh-sungguh, walaupun bukan lagi sebahagian daripada Putera Yang Empat, yang hanya akan layak dipilih sebagai Yang Dipertuan Besar menurut Adat Perpatih apabila takhta itu benar-benar kosong.

Bagaimana mungkin boleh merasakan institusi raja Melayu akan diperkukuhkan dengan menjadi ikon dalam pergerakan haram dan tidak berperlembagaan dalam menggulingkan seorang raja Melayu sedang bertakhta? Adakah akan benar-benar gembira dan teruja dengan hal ini, dan merasakan ia perkara yang betul? Pernahkah terlintas di fikiran walaupun sekali, bahawa sebenarnya apa yang dikatakan sebagai krisis Perlembagaan ini boleh ditamatkan dengan tidak lagi membenarkan diri diperalatkan?

Seruan untuk bertindak

Sesetengah pihak dengan mudah memesongkan takrifan derhaka, cuba membuktikan hitam itu putih dengan mendakwa cubaan menggulingkan raja Melayu itu kononya bukan derhaka, sebaliknya satu cara menjunjung Adat Perpatih. Memusingkan fakta hitam menjadi putih dan sebaliknya; mereka ini memang sudah tidak boleh diselamatkan lagi, dan hanya pendakwaan di mahkamah sahaja mampu menyedarkan mereka.

Adalah dialu-alukan apabila seseorang telah didakwa di mahkamah, tetapi bagaimana pula dengan ramai lagi individu yang terus menabur kata-kata hasutan di atas talian? Polis dan Jabatan Peguam Negara mesti memperluaskan tindakan serta bertindak dengan tegas.

Mempertahankan raja Melayu bukanlah soal kepentingan politik; ia adalah kewajipan Perlembagaan mutlak kerajaan persekutuan.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.