ESPN DeportesYanks: Judge recibe inyección; duda para playoffsInquirerDefense, prosecution to present oral arguments on voting thresholdDaily MaverickGOING FOR A SONG OP-ED: AI and the future of creativity — can artists’ histories travel with their work?The Jerusalem PostErdogan calls Gaza suffering 'most embarrassing concentration camp' in UNGA speechPunchAnambra flood: Pupil missing as police rescue nine한겨레2연패 도전 여자 배드민턴, 안세영 승리에도 일본에 막혀 단체전 ‘동’SözcüTrafikte görünen H işaretli trafik levhası kafa karıştırıyor: Çoğu sürücü anlamını bilmiyorCNN TürkMenderes Belediyesi'ne ikinci dalga operasyon: 9 gözaltı경향신문용수 상수도 활용·전력망 지중화··· “호남 반도체 팹 2기 2028년 착공 목표”Het Laatste NieuwsDroomtransfer met een valse start: waarom de interlandbreak op het ideale moment komt voor Nathan De CatDaily MailAndy Burnham wobbles on Chagos as Trump hits out at 'terrible and ridiculous deal' during their first-ever meetingSportstarAsian Games 2026 Day 5, Live Updates: India wins bronze medals in skeet shooting; Mirabai Chanu confirms weightlifting medal; India takes on China in men's badminton
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, September 23, 2026

Mandiri disiasat kerana terima dana disyaki hasil aktiviti haram, kata KPN

Translate

Ketua Polis Negara Khalid Ismail berkata Mandiri sedang disiasat susulan laporan polis yang mendakwa kumpulan belia itu menerima dana dipercayai hasil aktiviti menyalahi undang-undang sejak 2024 hingga tahun ini.

Khalid berkata polis membuka siasatan pengubahan wang haram pada 10 Sept di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 terhadap Mandiri Development Centre Sdn Bhd.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun serta denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pengarah Eksekutif Mandiri Amir Hadi dan pengarah kewangan Dobby Chew ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman semalam bagi membantu siasatan.

Penahanan itu mendapat kritikan daripada kumpulan masyarakat sivil dan beberapa ahli politik DAP yang menggesa Amir dan Chew dibebaskan serta-merta.

“Kami akan terus menjalankan siasatan menyeluruh terhadap mana-mana pihak yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes ini, termasuk perkara berkaitan penyimpanan, pemindahan dan penggunaan dana, selain kemasukan atau pengeluaran wang yang disyaki hasil daripada aktiviti menyalahi undang-undang.

“Polis juga memberi jaminan kepada orang ramai bahawa siasatan akan dijalankan secara profesional, telus dan mengikut undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan.

Pada 18 Sept, lebih 20 pegawai polis menyerbu sebuah pejabat di Petaling Jaya yang dikongsi Mandiri dan Hayat, sebuah NGO yang diuruskan Chew. Kumpulan berkenaan menyerahkan rekod kewangan, laporan audit, dokumen cukai, rekod gaji kakitangan, sebuah komputer dan pemacu USB yang mengandungi maklumat kewangan.

Siasatan itu menyusuli tindakan penguatkuasaan baru-baru ini terhadap kedua-duanya, termasuk pembekuan akaun bank peribadi dan organisasi di bawah undang-undang pengubahan wang haram serta larangan perjalanan yang menghalang Amir dan Chew daripada ke luar negara.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.