Daily MaverickBOOK EXCERPT: A Fatal Love — Reimagining the story of the last woman executed in BritainESPNWhat this year's final four says about the labor battle -- and the game's futureInquirerBARMM leaders firm up coalition to rule regionESPN DeportesArrestados por tiroteo que hirió a jugador de 49ersPunchTinubu campaign: Accord leaders urge Adeleke to clarify loyaltyRTL BoulevardMeer dan 250 mensen klopten aan bij hulppunt voor slachtoffers van sektesCapital FMRaila and the politics of compromise: What changed, what didn’tZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSözcüUzmanlardan İstanbul için kritik uyarı: Asıl risk şimdi!CumhuriyetArnavutluk'ta öğrenciler ayaklandı: Polisle çatışmalar çıktı, hükümet binaları ateşe verildiNew Straits TimesUS military weighs use of 'mother of all bombs' in potential future strikes on IranSeeking AlphaMusk says U.S. military and Trump control Ukraine’s Starshield access
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 15, 2026

Sebahagian kawasan di Lembah Klang hampiri IPU sangat tak sihat

Translate

Keadaan jerebu dalam negara bertambah teruk hari ini dengan 34 kawasan merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat dan sebahagian lokasi di Lembah Klang menghampiri tahap sangat tidak sihat.

Johan Setia di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi 192, disusuli Klang 191, setakat 9 pagi ini. Kualiti udara dianggap sangat tidak sihat apabila bacaan IPU mencapai 201.

Kawasan lain di Lembah Klang yang turut mencatatkan kualiti udara tidak sihat ialah Shah Alam (179), Putrajaya (175), Cheras (172), Banting (170), Petaling Jaya (168), Batu Muda (162) dan Kuala Selangor (161).

Johor kekal antara negeri paling teruk terjejas dengan bacaan IPU 187 direkodkan di Larkin, Batu Pahat (182), Pasir Gudang (181), Tangkak (177), Pengerang (170), Kluang (165), Kota Tinggi (162) dan Segamat (161).

Di Negeri Sembilan, kualiti udara tidak sihat direkodkan di Nilai (187), Seremban (182) dan Port Dickson (176), manakala keadaan sama di Bukit Rambai (184), Bandaraya Melaka (178) dan Alor Gajah (176) di Melaka.

Di Perak, kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat ialah Tanjung Malim (168), Seri Manjung (167), Pegoh Ipoh (110) dan Tasek Ipoh (108).

Di Pahang, keadaan berjerebu dilaporkan di Temerloh (156), Jerantut (152), Rompin dan Indera Mahkota (151).

Dua kawasan di Sarawak turut merekodkan kualiti udara tidak sihat, iaitu Samarahan (152) dan Serian (120).

Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan lebih 300 dikategorikan bahaya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.