Kad Pokemon lebih USD143,000 dicuri dalam rompakan di Denmark

Polis Denmark melancarkan siasatan besar-besaran pada Ahad selepas sekumpulan perompak bertopeng menyerbu sebuah kedai menjual kad Pokemon di utara Copenhagen dan melarikan barangan koleksi bernilai lebih €130,000 (USD143,000), lapor Agensi Berita Jerman.
Polis sedang memburu lima lelaki yang dipercayai mengancam seorang pekerja kedai menggunakan objek menyerupai pistol di sebuah pusat beli-belah di Lyngby, utara Copenhagen.
Perompak berkenaan kemudian memecahkan kabinet pameran dan mencuri kad Pokemon yang mendapat permintaan tinggi.
Mereka dilapor melarikan diri dari lokasi kejadian dengan menaiki sebuah kereta.
Kad dagangan Pokemon berasaskan siri permainan video yang membolehkan pemain menangkap dan melatih makhluk fiksyen.
Kad berkenaan kekal sangat popular sejak bertahun-tahun, dengan kad jarang ditemui dan mendapat permintaan tinggi dijual pada harga mahal.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.